MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

NGC 4755 JEWEL BOX CLUSTER

TM29

Jewel Box Cluster (NGC4755) atau dikenali sebagai Kappa Crucis Star Cluster merupakan sejenis ๐™œ๐™ช๐™œ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™—๐™ช๐™ ๐™– terletak di buruj ๐˜พ๐™ง๐™ช๐™ญ. Ia merupakan gugusan bintang termuda dianggarkan berusia 14 juta tahun. Ia mempunyai 4.2 magnitud kecerahan, dengan jarak 6,400 ๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ ๐™˜๐™–๐™๐™–๐™ฎ๐™– dari Bumi dan mengandungi lebih daripada 100 bintang dengan kebanyakannya terdiri daripada bintang berwarna biru.

.
Imej Jewel Box Cluster ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 25 Januari 2007 menunjukkan salah satu bintang yang terang di bahagian tengah berupa bintang super-raksasa merah dengan dikelilingi oleh bintang berwarna biru.

.
Jewel Box Cluster dianggap sebagai salah satu objek yang senang dilihat dengan mata kasar di langit selatan. Jika diperhatikan dengan teliti, Jewel Box Cluster ini dapat digambarkan dalam bentuk abjad A daripada bintang-bintang cerahnya terutamanya HR4887. Tiga bintang di sepanjang palang ๐™–๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™จ๐™ข๐™š berbentuk A terletak pada garis lurus yang dikenali sebagai ‘lampu isyarat’ kerana warnanya yang berbeza-beza.

.
Untuk mencerap Jewel Box Cluster dengan jelas, disarankan menggunakan binokular atau teleskop berdiameter optik 6 inci bersama kanta mata yang menghasilkan kuasa pembesaran imej sebanyak 50 kali ganda dengan menghala ke buruj Crux.

.
SUMBER RUJUKAN:
https://astronomy.com/…/the-jewel-box-cluster-m102-and…
https://skyandtelescope.org/…/ngc-4755-the-jewel-box…/
https://theskylive.com/…/ngc4755-herschels-jewel-box…
https://www.wired.com/2009/10/jewel-box-stars/
https://apod.nasa.gov/apod/ap100817.html

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#MOSTIhebatย #KeluargaMalaysiaย #Bekerjabersamarakyatย #KitaMestiMenangย #KitaJagaKitaย #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasaย 

ย 

Skip to content