MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Fenomena Hujan Meteor Perseids

TM18
TM18a
โ˜„๏ธ๐—™๐—˜๐—ก๐—ข๐— ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—จ๐—๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—œ๐——๐—ฆโ˜„๏ธ
ย 
Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan kemuncaknya dijangka akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.
ย 
Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam. Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.
ย 
Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.
ย 
Saksikan cerapan fenomena ini secara langsung di Dark Sky Malaysia pada hari Khamis 12 Ogos 2021, pukul 8.00 malam.
ย 
* ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ ๐˜จ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ช๐˜ด ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช.
ย 
* ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜š๐˜ธ๐˜ช๐˜ง๐˜ต-๐˜›๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฏ 1862 ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜“๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ช๐˜ด ๐˜š๐˜ธ๐˜ช๐˜ง๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜›๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ.
ย 
* ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ซ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ต ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข. ๐˜๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ซ ๐˜ˆ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช๐˜จ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ซ ๐˜Š๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ช๐˜ข. ๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ง๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฆ๐˜ด, ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช.
.
ย 
Tips yang boleh anda gunakan untuk mencerap:
ย 
โ˜„ย Pastikan cerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah.
ย 
โ˜„ย Jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
ย 
โ˜„ย Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lagi gelap lagi bagus.
ย 
โ˜„ย Sesuaikan mata terhadap kegelapan selama 20 minit.
ย 
โ˜„ย Tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.
.
Untuk dapatkan lebih banyak tips mencerap layariย https://falakonline.net/โ€ฆ/peluang-melihat-juraianโ€ฆ/
Live Cerapan Meteor Perseids 2021
Siaran Langsung Cerapan oleh Dark Sky Malaysia

KEMASKINI:

Antara hasil imej pancuran โ˜„Meteor Perseids 2021โ˜„ย yang berjaya dicerap.
Sumberย ๐Ÿ“ธ: Orang Awam
1 233060352 10159377718261203 8385370210574789979 n
2 236832331 10159377718236203 7579709976921597864 n
3 236900118 10159377718116203 3776029213335006765 n
4 234681584 10159377718291203 8583338510425615747 n
5 236900077 10159377718436203 5744498268539833406 n
6 235805434 10159377718341203 2973688394851272008 n
Skip to content