MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Satelit Astronomi

INFOGRAFIK12

APA ITU SATELIT ASTRONOMI?

Terdapat pelbagai jenis satelit berada di ruang angkasa dan salah satunya ialah satelit astronomi. Satelit astronomi mempunyai pelbagai aplikasi daripada pengamatan sehingga ramalan peristiwa astronomi yang berkaitan.

Antara fungsi utama satelit astronomi ialah:

1) Pemetaan bintang.

2) Mengkaji dan meneliti pelbagai peringkat pembentukan fenomena lohong hitam atau aktiviti suria.

3) Mengambil dan menganalisis gambar untuk perbandingan ukuran dan bentuk sebelum dan selepas peristiwa astronomi serta perubahan lokasi planet dalam sistem solar.

4) Ramalan melalui pemerhatian. Pengiraan tempat berdasarkan lokasi planet di dalam peramalam kejadian kosmologi seperti perlanggaran komet atau hujan meteor. Ramalan ini membantu kita bersiap sedia untuk sebarang kesan ke atas bumi disebabkan oleh kejadian di ruang angkasa.

Antara contoh satelit astronomi:

Teleskop Angkasa Hubble (US)

– ketinggian orbit: 547 km

– tahun pelancaran: 1990

 

Observatori Chandra X-Ray (US)

– ketinggian orbit: 139,000 km

– tahun pelancaran: 1999

 

Infrared Astronomical Satellite (IRAS) (US, Netherland dan UK)

– ketinggian orbit: 900 km

– tahun pelancaran: 1983

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content