MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Space Probe

INFOGRAFIK23

Space Probe adalah kapal angkasa tanpa angkasawan dan tidak mengorbit bumi sebaliknya menjelajah ruang angkasa bagi mengumpul maklumat sains termasuk mengambil gambar/imej dan sampel. Maklumat berkenaan dihantar (transmit) atau dibawa balik ke bumi untuk dikaji oleh saintis. Contoh space probe ialah Voyager 1 dan Hayabusa.

Voyager 1 dilancarkan oleh Agensi Angkasa Amerika (NASA) pada 5 September 1977. Voyager 1 merupakan objek buatan manusia atau space probe pertama yang menjelajah ke ruang antara bintang dan melintasi heliosfera iaitu sempadan di mana pengaruh di luar sistem suria lebih kuat daripada pengaruh dari Matahari. Voyager 1 menemui cincin nipis di sekitar Musytari dan dua bulan baru iaitu Thebe dan Metis serta menemui lima bulan dan cincin baru yang dipanggil cincin G di Zuhal. Sehingga 26 November 2020, Voyager 1 telah berada sejauh 22,722.98 juta km dari Bumi.

Hayabusa dilancarkan pada 9 Mei 2003 oleh Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA) untuk mengambil sampel daripada sebuah asteroid kecil berhampiran Bumi yang dinamakan ‘25143 Itokawa’ dan membawa pulang untuk dianalisis. Hayabusa tiba di Itokawa pada September 2005 dan mengkaji bentuk, putaran, topografi, warna, kandungan, ketumpatan dan sejarah asteroid berkenaan. Pada November 2005, Hayabusa mendarat di atas asteroid tersebut dan mengumpul sampel dalam bentuk butiran kecil. Setelah lima tahun berada di Itokawa, Hayabusa membawa pulang sampel ke Bumi pada 13 Jun 2010. Ini merupakan kali pertama sampel asteroid berjaya diambil dan dibawa pulang ke Bumi untuk dianalisis.

Untuk info lanjut mengenai space probe serta bahan bacaan lain, sila layari:
https://www.nasa.gov/centers/jpl/education/spaceprobe-20100225.html
https://global.jaxa.jp/projects/sas/muses_c/

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB
#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife 

#SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang 

#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
 
Skip to content