MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sistem Penerimaan Data Satelit

INFOGRAFIK60
INFOGRAFIK60a

SISTEM PENERIMAAN DATA SATELIT

Sistem antena pelbagai saiz parabola di Stesen Penerima Data Satelit (SPDS) berupaya untuk menerima data satelit remote sensing optikal dan radar yang beresolusi rendah sehingga sangat tinggi. Jenis antena dan data daripada pelbagai satelit yang diterima adalah seperti berikut:

📡 Antena 13 meter
Berupaya menerima data jenis radar daripada satelit RADARSAT-1 (Kanada) dan data jenis optikal daripada satelit SPOT-2, SPOT-4 & SPOT-5 (Perancis).

📡 Antena 7.3 meter
Berupaya menerima data jenis radar daripada satelit RADARSAT-2 (Kanada) dan data jenis optikal daripada satelit SPOT-6 & SPOT-7, Pleiades-1A & Pleiades-1B (Perancis).

📡 Antena 3.6 meter
Berupaya menerima data daripada satelit MODIS (Terra & Aqua) dan SNPP (Amerika Syarikat).

📡 Antena 2.4 meter
Berupaya menerima data daripada satelit NOAA-12, NOAA-14, NOAA-15, NOAA-16, NOAA-17, NOAA-18 & NOAA-19 (Amerika Syarikat).

Sistem antena ini beroperasi secara automatik dengan menjejak pergerakan satelit dalam orbit ketika melintasi sudut pandang antena dari ufuk dalam radius 2,500 kilometer. Sistem ini juga mampu memuat turun (downlink) data daripada satelit sehingga 1 Gigabit sesaat (Gbps). Purata jangka hayat setiap sistem antena adalah melebihi 10 tahun.

 

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE
#ScienceForLife #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner 

#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content