TELESKOP MYSA 10

Gerhana Matahari Anulus

Gerhana Matahari Anulus
Pada 10 Jun 2021, Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Cincin akan kelihatan di kawasan timur Kanada, Greenland, Siberia dan Kutub Utara dengan lintasan selebar 527.1 km. Fenomena tersebut berlaku 2.3 hari selepas Bulan berada pada kedudukan apogee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terjauh dari bumi.

Gerhana ini berlaku apabila Bulan merentas di antara Matahari dan Bumi, tetapi Bulan tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding Matahari. Oleh itu, sebahagian kecil Matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari Bulan yang gelap di tengah-tengahnya yang juga dipanggil ‘Ring of Fire’.

Laluan Gerhana Anulus (Lintasan Bayang Umbra Bulan) ini akan bermula semasa Matahari terbit di Ontario, Kanada (bahagian utara Lake Superior) dan melintasi bahagian utara dunia. Kemuncak gerhana akan berlaku di utara Greenland dengan tempoh maksimum Gerhana Anulus selama 3 minit 51 saat. Lintasan tersebut kemudiannya terus melintasi kutub utara Bumi dan berakhir di timur laut Siberia ketika Matahari terbenam. Keseluruhan fenomena Gerhana Anulus ini berlangsung sekitar 1 jam 40 minit (100 minit).

Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi bahagian utara dan timur Kanada, utara Alaska, utara bahagian Midwest dan sepanjang pantai timur (kecuali Florida) di Amerika Syarikat, Lautan Atlantik Utara, sebahagian besar Eropah dan bahagian barat dan utara Asia.

Fenomena Gerhana Anulus pada 10 Jun 2021 ini berlaku mulai jam 16:12:20 dan berakhir pada jam 21:11:19 waktu Malaysia. Malangnya, bagi rakyat Malaysia, kita ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง menyaksikan fenomena ini kerana laluan bayang-bayang bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia.

#MYSAย #MOSTI
#STIย #DSTINย #MySTIE
#LindungDiriLindungSemuaย #KitaJagaKitaย #AmalanNormaBaharu
#BersamaKitaHentikanCovid19ย 
ย