Suapan Maklumat

ROKET LONG MARCH 5B TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI

INFOGRAFIK LONG MARCH 5B

US Space Control Squadron mengesahkan bahawa Roket CZ-5B (#LongMarch5B) (48275 / 2021-035B) telah memasuki atmosfera pada 9 Mei 2021 pada jam 0214Z (10.14 pagi waktu Malaysia) dan jatuh di Lautan Hindi iaitu di kawasan utara Kepulauan Maldives. Sementara itu China Manned Space Engineering Office pula melaporkan bahawa serpihan roket tersebut jatuh di Lautan Hindi pada kedudukan 72.47 ° E (longitude) dan 2.65 ° N (latitude) pada jam 10.24 pagi, 9 Mei 2021.

ROKET LONG MARCH 5B HILANG KAWALAN & KESAN KE ATAS MALAYSIA

Adakah Malaysia terkesan atau tidak dengan insiden yang mungkin berlaku akibat Rocket Long March 5B yang didakwa hilang kawalan dan bakal terhempas ke bumi hujung minggu ini? Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ingin memaklumkan bahawa ramalan terkini bahawa ‘re-entry’ roket Long March 5B milik negara China akan jatuh ke bumi adalah pada 7 Mei 2021, 09:02:00 sehingga 9 Mei 2021 13:02:00 waktu Malaysia. Status terkini bagi roket tersebut adalah seperti berikut: Ramalan daripada Aerospace Corp pada hari Ahad 9 Mei 2021, jam 7.00 pagi: Roket re-entry dijangka antara 9.02am hingga 1.02pm waktu Malaysia. Dijangka serpihan tersebut tidak akan jatuh di kawasan Malaysia.
Ramalan laluan ground track roket tersebut daripada 9.02am hingga 1.02pm (9 Mei 2021)

Roket Long March 5B telah dilancarkan pada 29 April 2021 untuk menghantar modul teras (core module) stesen angkasa China yang dinamakan Tianhe dan seberat 22,600kg ke orbit pengoperasiannya di angkasa. Walau bagaimanapun, peringkat teras (core stage) roket Long March 5B telah mencapai ketinggian yang cukup tinggi untuk mengorbit bumi selepas penghantaran modul Tianhe. Orbit sisa roket ini merupakan orbit jenis elips dengan ketinggian paling dekat 170km dan ketinggian paling jauh 372km daripada paras laut muka bumi. Disebabkan seretan atmosfera (atmospheric drag) yang kuat pada orbit ini, sisa roket ini dijangka akan re-entry ke muka bumi dalam beberapa hari selepas penghantaran tersebut.

Untuk makluman, lokasi re-entry sebenar sisa roket ini tidak dapat diramal dengan tepat (pinpoint) sehingga beberapa jam sebelum re-entry berlaku. Berdasarkan kepada prinsip saintifik, kebiasaannya akan terdapat unsur–unsur ketidakpastian yang berkaitan bagi sebarang pengukuran atau ramalan yang dihasilkan. Dalam kebanyakan kes re-entry ke ruang atmosfera, ketidakpastian yang berkaitan bagi ramalan lokasi re-entry adalah sangat besar disebabkan perubahan kadar ketumpatan lapisan atas atmosfera, sifat fizikal objek re-entry seperti jisim dan komposisi bahan, serta lokasi dan kelajuan objek tersebut.

Setiap pelancaran roket kebiasaannya akan meninggalkan serpihan (debris). Saiz serpihan tersebut bergantung kepada saiz roket yang dilancarkan. Memandangkan saiz roket Long March 5B agak besar, maka serpihan yang berkemungkinan akan terhempas ke bumi juga adalah besar. Walau bagaimanapun, sebahagian besar serpihan tersebut akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil. Hanya serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya sahaja yang akan jatuh ke bumi.

Orang ramai tidak perlu terlalu bimbang terhadap bahaya objek re-entry ini kerana keberangkalian objek ini untuk menimpa manusia atau merosakkan mana-mana struktur bangunan adalah sangat rendah memandangkan 70% daripada muka bumi adalah terdiri daripada air dan keluasan kawasan Malaysia adalah kecil berbanding dengan keluasan muka bumi. Tambahan pula, lokasi sebenar re-entry ini masih tidak dapat diramal dengan tepat pada masa kini dan pihak MYSA akan memaklumkan perkembangan peristiwa  re-entry ini dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah berikut sekiranya mengesyaki atau melihat kejadian re-entry tersebut:

  • TIDAK menyentuh atau mengambil sebarang objek yang mencurigakan yang disyaki daripada kejadian re-entry
  • HUBUNGI talian kecemasan ‘999’ dan buat laporan sewajarnya (laporkan pemerhatian, saksi, lokasi dan masa). Adalah lebih baik sekiranya rakaman video dapat dibuat pada ketika kejadian bagi membantu penyiasatan kelak.
  • JANGAN buat sebarang hebahan dan sebarkan sebarang maklumat palsu yang berkaitan re-entry Sebarang maklumat rasmi yang telah disahkan hanya akan dihebahkan melalui media massa oleh pihak berkuasa sahaja.

Maklumat tambahan:

  1. Adakah ini objek yang terbesar untuk re-entry ke ruang atmosfera bumi?

Tidak. Objek re-entry terbesar yang pernah dilaporkan ialah stesen angkasa Mir milik negara Rusia dengan muatan 120,000 kg pada 23 Mac 2001. Sebagai perbandingan, berat sisa roket ini dijangka dalam 21,000 kg dan hanya 1/5 daripada berat stesen angkasa Mir.

  1. Adakah terdapat bahagian sisa roket yang akan selamat daripada proses re-entry?

Kemungkinan besar hanya sebahagian kecil daripada sisa roket yang akan selamat melepasi atmosfera dan mendarat ke bumi semasa proses re-entry. Untuk keselamatan anda, dilarang menyentuh apa-apa serpihan yang mungkin anda perolehi atau menyedut wap yang boleh dikeluarkan dari serpihan tersebut. Hubungi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di talian 03-26972570 dan laporkan lokasi dan waktu penglihatan anda, keterangan mengenai apa yang anda lihat, dan sediakan sebarang imej atau video yang mungkin telah anda rakamkan sebagai bahan rujukan untuk pihak kami.

Pensijilan ISO 9001:2015 bagi Skop Pengurusan Perkhidmatan Data Remote Sensing

Pensijilan ISO 9001 MYSA bagi Pengurusan Perkhidmatan Data Remote Sensing (Management of Remote Sensing Data Services) telah dinaiktaraf ke pensijilan terkini iaitu ISO 9001:2015.

MYSA merupakan pembekal tunggal data remote sensing satelit dan udara bukan konvensional kepada agensi kerajaan sebagaimana diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Januari 2007.  Di samping itu MYSA juga berperanan sebagai penasihat kepada Kerajaan berkaitan pembangunan dan penggunaan teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan.

MYSA telah mendapat pensijilan bagi Perkhidmatan Data Remote Sensing iaitu pensijilan ISO 9002 versi 1994 pada bulan Julai tahun 2001 dan versi 2000 pada 15 April 2005. Peralihan dokumentasi kepada versi ISO 9001 :2008 pula siap dilaksanakan pada 8 Januari 2010. Pensijilan ISO 9001 versi 2008 telah diperolehi pada 17 Ogos 2010. Peralihan ke pensijilan terkini iaitu ISO 9001:2015 telah dimulakan pada tahun 2016 dan proses naik taraf (upgrading) telah berjaya dilaksanakan pada 16 November 2018.  

 

POLISI KUALITI

Adalah menjadi polisi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memberi perkhidmatan berikut yang berkualiti mengikut keperluan pelanggan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkannya secara berterusan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015: 

a) Perkhidmatan Data Remote Sensing; dan

b) Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Berkaitan Kejuruteraan Mekanikal, Persekitaran Angkasa dan Elektromagnetik bagi Sektor Komersial dan Industri Angkasa.

 

SKOP

Skop SPK ISO 9001:2015 Perkhidmatan Data Remote Sensing akan merangkumi semua aktiviti berkaitan perkhidmatan data melalui kaunter.

Perincian Skop:

a) Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembekalan data remote sensing termasuk penyediaan dan pemprosesan data;

b) Mematuhi peraturan dan perundangan kerajaan;

c) Mewujudkan Manual Kualiti (MK) dan Prosedur Kualiti (PK); dan

d) Menggunapakai Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MYSA.

 

SKOP LOKASI

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),
No. 13, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.

Stesen Penerimaan Data Satelit (SPDS),
Jalan Lencongan Mentakab – Temerloh,
28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur.

 

dOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK)

Terdapat 5 dokumen SPK ISO 9001:2015 iaitu:

  1. Polisi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
  2. Manual Kualiti (MK)
  3. Prosedur Kualiti Pengurusan (PK-AM)
  4. Prosedur Kualiti Data (PK-DATA)
  5. Prosedur Prapemprosesan Data (PK-SPDS)

Tender/Sebut Harga

BIL.TAJUK PROJEKTARIKH PENGIKLANANTARIKH TUTUPTARIKH TAKLIMAT
1TENDER PRA KELAYAKAN UNTUK PROJEK RINTIS KONTRAK PRESTASI TENAGA (EPC) DI BANGUNAN IBU PEJABAT AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA) KUALA LUMPUR25 Februari 202013 Mac 2020 @ 12.00 pm

Berita

2021

Berita tentang Roket Long March 5B:

2020
2019
2018
2017
2016
2015

Pensijilan ISO 9001:2015 BAGI SKOP PERKHIDMATAN PENGUJIAN DAN PENGUKURAN

MYSA telah mendapat pensijilan ISO 9001:2015 bagi Skop Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Berkaitan Kejuruteraan Mekanikal, Persekitaran Angkasa dan Elektromagnetik bagi Sektor Komersial dan Industri Angkasa di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA) Banting pada 22 Januari 2014.

Pensijilan ini telah diperbaharui pada 18 September 2020 dengan tempoh sah selama 3 tahun dan akan tamat pada 14 September 2023.