Stesen Penerima Data Satelit

Stesen Penerimaan Data Satelit (SPDS) di Temerloh, Pahang telah dibangunkan pada tahun 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2003.

Stesen ini telah dilengkapi dengan sistem penerimaan data satelit yang terdiri daripada komponen sistem antena dan sistem prapemprosesan data satelit remote sensing yang berfungsi untuk menerima data satelit remote sensing secara terus pada setiap hari. Data satelit yang diterima ini terdiri daripada data satelit beresolusi rendah sehingga resolusi sangat tinggi.

Data satelit remote sensing yang diterima di SPDS ini dihantar ke Ibu pejabat MYSA di Kuala Lumpur untuk diproses (tambah nilai) bagi tujuan pengurusan sumber asli, alam sekitar, pertanian, perikanan, pembangunan tanah dan kawasan, kesihatan persekitaran, bencana, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Jenis-jenis data satelit remote sensing yang diterima adalah seperti berikut:

 BIL. JENIS SATELIT  TAHUN PENERIMAAN 
1. NOAA-12, 14, 15, 16, 17, 18, 19April 2002 – Mei 2018
2.  RADARSAT-1Oktober 2003 – Mac 2013
3.  SPOT-2, 4, 5Julai 2004 – Mac 2015
4.MODIS (Terra & Aqua)Februari 2005 – sekarang
5.SPOT-6 & 7Julai 2014 – sekarang
6.Pleiades-1A &1BApril 2016 – sekarang
7.RADARSAT-2April 2016 – sekarang
8.SNPPMei 2017 – sekarang
Sistem Penerimaan Data Satelit di SPDS
Bilik Operasi Penerimaan Data Satelit

Pada tahun 2017, SPDS telah mendapat Sijil Pentauliahan sebagai Stesen Penerima Data Satelit Airbus Defence and Space, Intelligence dan juga Sijil Pentauliahan sebagai Stesen Penerima Data Satelit Pleiades dan SPOT.