MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Penerbangan Pertama Manusia ke Angkasa telah diadakan pada 8 April 2021 oleh Kedutaan Persekutuan Rusia ke Malaysia di Russian Centre for Science and Culture, Kuala Lumpur. Sambutan ini diadakan bagi memperingati angkasawan terkenal Yuri Gagarin yang telah melengkapkan satu putaran mengorbit bumi pada 12 April 1961. 

Sambutan ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah. Turut hadir adalah Angkasawan Malaysia. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie.


#MYSA #MOSTI
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19

Skip to content