MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sains angkasa telah menambah dimensi baru dalam pencarian pengetahuan, melengkapkan dan memperluas apa yang telah diperoleh dari spekulasi daripada teori berabad-abad dan pemerhatian daripada Bumi. Sains angkasa terdiri daripada bidang yang luas. Di MYSA, sains angkasa boleh dibahagikan kepada beberapa bidang umum: (1) fizik solar dan angkasa, termasuk kajian medan magnet dan elektromagnetik; (2) memantau cuaca angkasa dengan menggunakan instrumentasi penyelidikan di Bumi; (3) astronomi dan astrofizik; dan (4) mikrograviti. MYSA berharap bidang sains angkasa ini akan dapat memberi inspirasi kepada belia dan seluruh rakyat Malaysia untuk menceburi dan melanjutkan pengajian dan penjelajahan teknologi sains angkasa yang akan dapat meningkatkan peluang kerjaya dalam sains angkasa.

1)  Fizik solar dan angkasa, termasuk kajian medan magnet dan elektromagnetik

 

2)  Memantau cuaca angkasa dengan menggunakan instrumentasi penyelidikan di Bumi;

  • MYSA mempunyai pelbagai instrumnetasi yang berupaya membuat pemantauan cuaca angkasa seperti MAGDAS, CALLISTO dan teleskop Matahari.
  • Penyelidik juga boleh mendapatkan data cuaca angkasa daripada instrumentasi MYSA melalui Borang Permohonan Data Sains Angkasa.

 

3)  Astronomi dan astrofizik

MYSA mempunyai sebuah balai cerap bernama Observatori Negara Langkawi (ONL) yang terletak di Bukit Malut, Langkawi. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan cerapan untuk penyelidik memerhati objek-objek angkasa. Maklumat lanjut berkaitan ONL boleh didapati di SINI.

 

4)   Mikrograviti

MYSA telah melaksanakan program jaringan kerjasama strategik dengan agensi kecemerlangan yang boleh memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dan universiti berkaitan teknologi dan sains angkasa. Program ini dikendalikan oleh MYSA dengan kerjasama Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA). Senarai program yang telah dijalankan ini seperti berikut: –

a) KIBO Robot Programming Challenge (KRPC)

b) Asian Herb in Space (AHiS) 

c) Parabolic Flight

d) Space Seed for Asian Future (SSAF)

Skip to content