MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

  1. Pemohon:
    • Pensyarah di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang bertujuan menggunakan imej satelit remote sensing sebagai keperluan mengajar dan penyelidikan akademik;
    • Pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti kursus ijazah atau ijazah lanjutan di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.  Borang permohonan mestilah disertakan dengan Borang Maklumat Pelajar, surat sokongan daripada penyelia kursus dan ringkasan projek penyelidikan akademik; dan
    • Dekan Fakulti atau Pustakawan Institusi Pengajian Tinggi Tempatan bagi permohonan imej satelit remote sensing terperingkat yang akan digunakan oleh pensyarah atau pelajar.
  2. Permohonan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia;
  3. Permohonan data multi-temporal dihadkan kepada tiga tarikh sahaja dan had maksimum saiz data adalah mengikut jenis dan resolusi data satelit seperti berikut:
    • Sangat Tinggi (<1m) : 5km x 5km
    • Tinggi (1m hingga <5m) : 10km x 10km
    • Sederhana (>5m hingga 10m) : SPOT – 30km x 30km dan Radar – 25km x 25km
    • Rendah (>10m) : Landsat – 180km x 180km, SPOT- 60km x 60km dan Radar – 100km x 100km
      *Sekiranya saiz data yang dipohon melebihi had yang telah ditetapkan, bayaran akan dikenakan.
  4. Permohonan adalah tertakluk kepada data-data di dalam arkib MYSA sahaja dan tidak melibatkan perolehan data baharu. Pemprosesan imej satelit remote sensing seperti pembetulan geometri imej perlu dilaksanakan sendiri oleh pemohon;
  5. Jangkamasa bekalan data kepada pemohon tidak tertakluk kepada jangkamasa yang ditetapkan oleh Piagam Pelanggan. Walaubagaimana pun secara amnya, jangkamasa bekalan data adalah diantara 5 hingga 10 hari bekerja; 
  6. Permohonan imej satelit remote sensing terperingkat adalah mengikut prosedur di bawah Pekelliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat. Pemohon perlu melalui tapisan keselamatan oleh Bahagian Geospatial Pertahanan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang memakan masa antara 14 hingga 30 hari bekerja. Pemohonan imej satelit remote sensing terperingkat perlu menggunakan Borang ’Permohonan Lesen Hak Cipta / Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat’ – Borang PPNM-1 (Pind. 1/2008) yang dikeluarkan oleh Pengarah Pemetaan Negara, Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. Permohonan imej satelit remote sensing tidak terperingkat pula perlu menggunakan Borang Permohonan Data Remote Sensing Tidak Terperingkat.
  7. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia di alamat:
    • Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 
      No.13, Jalan Tun Ismail
      50480 Kuala Lumpur
  8. Imej satelit yang dipohon mestilah digunakan untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan yang dinyatakan dalam borang permohonan sahaja. Penghasilan semula imej dalam apa jua bentuk untuk tujuan komesil adalah tidak dibenarkan manakala penghasilan semula imej dalam apa jua bentuk untuk edaran kepada pihak ketiga perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia;
  9. elajar hendaklah menyerahkan imej satelit yang telah selesai digunakan kepada penyelia untuk simpanan jabatan bagi kegunaan penyelidikan pelajar lain. Sebarang salinan untuk simpanan peribadi pelajar adalah tidak dibenarkan. Jabatan hendaklah memastikan imej satelit jenis terperingkat dikendalikan mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 termasuk disimpan di tempat berkunci dan tidak membenarkan orang-orang yang tiada kebenaran menggunakannya; dan
  10. Satu salinan laporan hasil penyelidikan/tesis hendaklah diserahkan kepada Agensi Angkasa Malaysia sebagai simpanan dan rujukan, dan setiap penerbitan mestilah menyatakan “Ihsan data daripada Agensi Angkasa Malaysia”.
Skip to content