Program Penjejakan dan Komunikasi Satelit di Angkasa

Program Penjejakan dan Komunikasi Satelit di Angkasa anjuran MYSA dengan kerjasama rakan strategik Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS) telah diadakan secara langsung melalui FB Live MARTS dan MYSA pada 18 April 2021 sempena sambutan Hari Radio Amatur Sedunia dengan tema ‘HOME BUT NEVER ALONE’.
 
Program ini merupakan lanjutan daripada bengkel pengenalan yang telah diadakan pada 6 April 2021 yang juga menjadi salah satu daripada program pengisian Minggu Sains Negara 2021.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah. Majlis yang diadakan di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA) MYSA, Banting turut dihadiri oleh Presiden MARTS, YBrs. Ir. Haji Mohd Aris Bernawi.


#MOSTI
#MYSA
#MARTS
#MingguSainsNegara
#MSN2021
#sainsuntukkesihatan