LOGO ARSM 2018

Official Portal of
Malaysian Space Agency (MYSA)

Ministry of Energy, Science, Technology, Environment & Climate Change (MESTECC)

faqengseperatorcontactusseperatorcomplaintsseperatorsitemap
              

   

A- A A+
preset-1preset-2preset-3preset-4 Disabled 

angkasa

  • Program Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) MYSA ini telah dirumuskan untuk menyokong agensi pengguna dalam pengurusan pengeluaran pertanian, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah. Program ini juga turut melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh jemaah menteri untuk menggunakan teknologi remote sensing bagi membantu agensi pelaksana dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber negara. Kejayaan program ini berjaya dicapai melalui penyertaan aktif oleh agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan juga sektor swasta.

    fmrs plus   enilaian1  fsi  idengue1
     Pemantauan Hutan e-Nilaian  Penentuan Lokasi Ikan  Idengue Untuk Komuniti
     spwd  mybiod.jpg  Logo SistemBanjir  logo padi
    SPWD MyGeoBioD Banjir Monsun Pengurusan Padi
  • 1. Stesen Solar Radio

    a) CALLISTO (Compound Astronomical Low Cost Low Frequency for Spectroscopy Observatory)

    • Malaysia juga mempunyai peralatan CALLISTO iaitu sebuah instrumentasi penerima yang dapat mengesan isyarat matahari khususnya letusan suria (solar burst) yang beroperasi antara 45 dan 870 MHz. Peralatan ini dipasang pada 20 hingga 22 Februari 2012, di mana ianya merupakan salah satu rangkaian spektrometer radio di seluruh dunia yang direka untuk mencerap Matahari selama 24 jam sepanjang tahun.
    • MYSA menawarkan penggunaan data CALLISTO di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting kepada penyelidik untuk tujuan penyelidikan.
    • Aplikasi utama adalah untuk pencerapan letusan suria dan pemantauan gangguan frekuensi radio untuk sains astronomi, pendidikan dan jangkauan.

    AntenaCallisto

    Antena CALLISTO

    b) Radio Telescope 20MHz, 408MHz and 1420MHz

    • Teleskop radio yang beroperasi dalam 20MHz, 408MHz dan 1420MHz.
    • Aplikasi utama adalah untuk pencerapan hamburan suar matahari.

    TeleskopRadio20mhz

    Teleskop Radio 20 MHz

    TeleskopRadio408Mhz

    Teleskop Radio 408MHz

    TeleskopRadio1420mhz

    Teleskop Radio 1420 MHz

    2. Fasiliti Pencerapan Astronomi Optikal (Observatori Negara Langkawi – ONL)

    Pengenalan

    Observatori Negara Langkawi (ONL) telah siap di bina pada tahun 2007. Tujuan pembinaannya adalah dalam usaha memupuk keupayaan R&D negara dalam bidang sains angkasa di samping meningkatkan minat golongan muda untuk merintis ilmu sains dan teknologi baru dalam jangka masa panjang di samping membangkitkan semangat perpaduan dam sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang astronomi.

    Fungsi ONL

    Fungsi utama Observatori Negara Langkawi (ONL) adalah menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Penyelidik dan pelajar yang menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang astronomi dan sains angkasa adalah dijemput untuk menggunakan kemudahan ini.

    ONL

    ONL1

    ONL2

    ONL3

    Perkhidmatan ONL

    ONL menawarkan penyelidikan dan pembangunan sains astronomi seperti berikut:

    • Astrometri, fotometri dan spektroskopi stellar dan fizik suria (solar).
    • Data dan imej cerapan stellar, solar dan cuaca angkasa.
    • Latihan pengendalian instrumen dan praktikal cerapan.
    • Pengujian instrumentasi.
    • Penempatan instrumentasi saintifik berkaitan.
    • Program kerjasama penyelidikan berkaitan.
    • Pencerapan atas talian (secara kawalan jauh).

    ONL turut menawarkan perkhidmatan bagi program pendidikan dan kesedaran awam secara terpilih.

    INSTRUMENTASI ONL

    INSTRUMENTASI

    INSTRUMENT

    OBJEK SAMAWI

    STELLAR

    MATAHARI

    SOLAR

    PENJEJAKKAN OBJEK JAUH

    NEAR EARTH OBJECT

    TELESKOP

    TELESCOPE

    RCOS 20”

    • TMB152 dan Penuras Cahaya Nampak (Whitelight)
    • Lunt LS60T-Ha
    • Lunt LS152T-Ha
    • Skywatcher Pro 80ED dan penuras CaK
    • Takahashi FSQ-106 untuk pencerapan secara visual
    • RiFast 500
    • Skywatcher BKED 120

    KUBAH

    DOME

    5m ObservaDOME

    Automa Dome 10ft DDW

    Astrohaven 12ft Clamshell

    LEKAPAN

    MOUNT

    Paramount ME

    Paramount ME

    Paramount ME2

    KAMERA

    CAMERA

    • SBIG STL1001E
    • SBIG 11000
    • ST7XME
    • Skynyx Video Camera
    • SBIG
    • STL4020
    • Skynyx Video Camera

    FLI ML4240 MB

    SPEKTOGRAF

    SPECTOGRAPH

    SBIG SGS

    -

    SBIG SGS

    PENURAS

    FILTERS

    • UBVRI
    • LRGB
    • Continuum (White Light)
    • Hydrogen Alpha
    • Calcium K-Line
    • UBVRI
    • LRGB

    BALAICERAPSTELLARBalai Cerap Stellar

    BALAICERAPSOLAR
    Balai Cerap Solar

    BALAICERAPPENJEJAKAN
    Balai Cerap Penjejakkan Objek Jauh

     

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Observatori Negara Langkawi.

  • Misi 

    Secara asasnya, misi sains angkasa ialah untuk cuba menjawab persoalan mutakhir:
    - Bagaimana bumi dan sistem solar beredar- Di manakah kita di dalam Alam Semesta
    - Di manakah hala tuju kita
    - Dari mana datangnya kehidupan, dan adakah kita berseorangan?
     
    Pada masa ini terdapat sembilan misi sains ESA atau European Space Agency sedang berjalan, dari kajian dunia asing, seperti venus, marikh dan bulan Saturn iaitu Titan sehingga kepada melihat asal usul alam semesta itu sendiri.Ini adalah kesimpulan dari misi sains ESA yang sedang dijalankan, samada ia membuat perjalanan antara planet atau pemerhatian dari pelantar bagi melakukan pengukuran saintifik, kapal angkasa ini samada menuju ke suatu destinasi atau sedang melakukan sesuatu.
     
    Ulysses
    Dilancarkan pada tahun 1990 oleh kapal angkasa, Ulysses adalah misi kerjasama di antara ESA/NSA. Ia telah menghasilkan gambar bulan tiga dimensi (3-D) yang pertama. Ulysses melintasi paling hampir dengan Jupiter buat kali kedua pada bulan Februari 2004, dalam perjalanan di atas dan di bawah lingkaran sistem solar.
     
    Teleskop Angkasa Hubble
    Dilancarkan pada tahun 1990 oleh kapal angkasa. Teleskop Angkasa Hubble hasil kerjasama di antara NASA/ESA terus melaksanakan kerja yang sangat baik menggunakan peralatan-peralatan baru dan yang telah diubahsuai. Pada tahun 2003, para astronomi Eropah menggunakan Hubble untuk memerhati penyejatan planet ekstra solar ke dalam angkasa di atmosfera buat pertama kali.
     
    SOHO
    Dilancarkan pada tahun 1995, hasil kerjasam ESA/NASA ini SOHO mengkaji keadaan dalaman Matahari, permukaan yang kelihatan pada mata kasar dan ribut atmosfera, dan di mana angin solar bertiup dalam jarak dekat dengan sistem solar. SOHO dihasilkan untuk beroperasi sehingga tahun 1998, tetapi ia begitu berjaya sehingga ESA dan NASA memutuskan untuk memanjangkan tempohnya umurnya sehingga 2007.
     
    Huygens
    Huygens akan menjadi kapal angkasa tanpa pemandu yang pertama mendarat di bumi di luar sistem solar - Titan, bulan terbesar Saturn. Data dari huygens menawarkan petunjuk bagaimana kehidupan di bumi bermula. Huygens kini berada di angkasa, menumpang pada kapal angkasa Cassini milik NASA, dan dijangkakan akan sampai di Titan pada tahun 2005.
     
    XMM-Newton
    Dilancarkan pada tahun 1999, XMM-Newton mengesan lebih punca sinar-X dari satelit sebelumnya dan setakat ini dapat menyelesaikan banyak misteri alam semesta, dari apa yang berlaku di sekitar lubang hitam sehingga kepada pembentukan galaksi di permukaan alam semesta. Ia direkabentuk dan dibina untuk memuat turunkan data dalam tempoh sekurang-kurangnya sedekad.
     
    Cluster
    Cluster adalah koleksi empat kapal angkasa terbang dalam formasi 5000km jaraknya antara satu sama lain mengelilingi bumi. Ia menghantar isyarat informasi yang terperinci tentang bagaimana angin solar memberi kesan kepada planet bumi dalam tiga dimensi. Dilancarkan pada tahun 2000, kapal angkasa ini dijangka tamat tempoh operasinya pada tahun 2005.
     
    Integral
    Dilancarkan pada tahun 2002, Integral adalah pemerhati angkasa yang pertama yang dapat memerhatikan objek dalam sinar-Gamma, sinar-X dan cahaya yang dapat dilihat. Ia mengkaji letupan yang dahsyat yang dikenali sebagai letupan sinar-Gamma, bintang bergemerlapan secara tiba-tiba dan lubang hitam. Ia telah berjaya mengesan lima letupan sinar-Gamma di dalam kawasan pandangannya sepanjang tempoh lima bulan.
     
    Mars Express
    Dilancarkan pada bulan Jun 2003, Mars Express adalah kapal angkasa Eropah meneroka planet Marikh, dan kini telah separuh perjalanan menuju ke destinasinya. Ia mengangkut tujuh alat dan pengangkut pendaratan. Pengkaji-pengkaji orbit mengkaji atmosfera, permukaan dan separa permukaan planet Marikh. Pengangkut pendaratan Beagle 2 akan mencari tanda-tanda kehidupan lampau.     
     
    SMART-1
    Dilancarkan pada bulan September 2003, SMART-1 adalah "Misi Kecil bagi Kajian Lanjut dalam Teknologi" yang pertama milik ESA. Ia menuju ke bulan menggunakan revolusi ‘enjin ion' dan mengangkut alat-alat miniatur untuk tujuan kajian permukaan lunar. Perjalanannya dijangka berterusan untuk tempoh 16 bulan lagi.
     
     
    Links
     
     
    Media
     
    377 cluster logo high
    Cluster II
     
    378 huygens logo high
    Huygens
     
    379 integral logo high
    Integral
     
    380 marsexpress logo high
    Mars Express
     
    381 nasa47l
    Hubble Space Telescope
     
    382 smart-1 logo high
    SMART-1
     
    384 soho logo high
    SOHO
     
    385 ulysses logo high
    Ulysses
     
    386 xmmnewton logo high
    XMM-Newton
  • Program Angkasawan™ Negara ialah satu projek yang dikenal pasti di bawah perjanjian timbal-balas antara Kerajaan Malaysia dan Rusia melalui pembelian pesawat-pesawat pejuang Sukhoi 30 MKM. Menerusi pakej ini, Kerajaan Rusia akan menanggung kos melatih dan menghantar seorang angkasawan malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada bulan Oktober 2007 termasuk seorang Angkasawan™ Simpanan.   

    Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan proses pemilihan Angkasawan™ Negara. Proses ini telah menghampiri kemuncak apabila dua daripada empat orang calon terakhir akan diumumkan oleh  YAB Perdana Menteri Malaysia sebelum mereka menjalani Program Latihan Angkasawan™ selama 18 bulan di Rusia. 
    Program ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara terutama dalam bidang sains dan teknologi. Ini termasuklah Perubatan Angkasa, Perubatan Penerbangan, Sains Hayat, Sains Alam Sekitar dan Ilmu Fizik di mana ahli-ahli sains akan melibatkan diri dalam mereka bentuk ujikaji yang dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang unik. Penyelidikan ini akan memberi faedah kepada beberapa industri terpilih seperti Perubatan dan Aero Angkasa ke arah mencapai masyarakat saintifik.

    Program ini akan menjadi perintis kepada seluruh generasi baru negara ini untuk menjelajahi teknologi baru yang bakal mewujudkan suatu kelebihan bagi Malaysia untuk bersaing di arena global.

     

     

     

    453 reachforstar1

    454 reachforstar2

  • Diet Graviti Sifar
    Ingin mengurangkan berat badan? Apa kata anda luangkan masa beberapa bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa. Sejurus kembali dari misi Stesen Angkasa, para Angkasawan biasanya mendapati berat badan mereka kurang sekitar 5 peratus daripada berat badan asal.Namun, walaupun pengurangan berat badan tersebut mungkin merupakan sesuatu yang menarik bagi pemerhati di bumi, sebenarnya perkara ini membimbangkan bagi angkasawan sihat yang pada hakikatnya tidak mempunyai lebihan berat badan untuk dikurangkan.

    Angkasawan biasanya turun berat badan kerana kurang makan. Secara purata, pengambilan kalori angkasawan kurang 20 peratus daripada ambilan harian yang disyorkan. Kekurangan ambilan kalori ini sesuatu yang tidak sepatutnya. Mereka memerlukan kalori secukupnya sebab kajian menunjukkan bahawa walaupun pergerakan dalam keadaan graviti sifar itu kelihatan tersangat mudah, tenaga yang digunakan oleh angkasawan yang bekerja dalam orbit adalah sama dengan tenaga yang mereka gunakan apabila di bumi.

    Bagaimanakah seorang angkasawan mengukur berat badannya - malah berat apa-apa benda pun - di angkasa? Suatu alat dengan lengan besi yang diletakkan beban berspring mengenakan daya kecil terhadap suatu jasad dan mengukur pecutan yang terhasil darinya. Jisim seseorang kemudiannya mampu dikira dengan tepat menggunakan Hukum Gerakan Kedua Newton, yang menyatakan bahawa pada dasarnya semakin tinggi nilai jisim seseorang itu, semakin kurang nilai pecutannya. 

    Apabila pengurangan berat badan seteruk yang disebutkan itu berlaku, doktor di bumi yang ditugaskan memantau misi berkenaan menyampaikan maklumat situasi itu kepada angkasawan yang terlibat dan menggalakkannya untuk makan lebih makanan berkalori tinggi. Kajian mendapati bahawa angkasawan yang diberi kaunseling seperti ini dapat dipujuk untuk menukar amalan makanan mereka sehingga berjaya memenuhi keperluan tenaga harian serta mengekalkan berat badan mereka.

    Terlampau sedikit, terlampau banyak
    Isu lain yang dilaporkan dalam kajian berkenaan tiada kaitan dengan tabiat makan angkasawan. Sebaliknya, keadaan yang mereka alami di dalam orbit Bumi dilihat sebagai penyebab. Sebagai contoh, Vitamin D, yang diperlukan untuk pengekalan dan pertumbuhan tulang, dihasilkan pada kulit seseorang itu melalui suatu tindak balas yang memerlukan cahaya ultralembatung. 

    Stesen Angkasa, yang terbang di atas lapisan ozon Bumi, mempunyai pelindung bagi mengelakkannya daripada terkena amaun sinaran ultralembayung yang berbahaya. Malangnya, tindakan ini turut menghalang penghasilan biasa vitamin D pada kulit angkasawan. Angkasawan mengambil suplemen vitamin D bagi mengimbangi kekurangan berkenaan. Walau bagimanapun, timbul pula masalah bahawa badan yang berada di dalam keadaan kenirberatan didapati enggan menggunakan vitamin D yang dibekalkan. 

    Justeru, kemerosotan tulang yang dialami angkasawan sewaktu penerbangan angkasa ternyata suatu masalah yang belum dapat diatasi. Zat besi pula merupakan sesuatu yang ada terlampau banyak pada angkasawan. Kajian Stesen Angkasa mengesahkan penemuan awal yang menunjukkan bahawa angkasawan mengumpul amaun zat besi yang luar biasa tingginya dalam bentuk yang dikenali sebagai feritin. Kajian baru yang dipantau dengan teliti memastikan bahawa pengambilan zat besi berlebihan bukanlah penyebabnya. 

    Walaupun tidak begitu jelas tentang penyebab yang sebenar, kajian-kajian terawal telah menunjukkan bahawa di angkasa badan dengan sendirinya mengurangkan aktiviti tertentu yang memerlukan zat besi, seperti penghasilan sel darah merah. Isipadu darah dalam peredaran juga berkurangan, memudahkan sistem peredaran darah mengalirkan darah dan oksigen kepada seluruh badan. Ini merupakan satu lagi fenomena yang menunjukkan kemungkinan berlakunya ubahsuaian semula jadi sebagai tindak balas terhadap keadaan kenirberatan.

    Kerosakan DNA
    Sementara persekitaran angkasa tidak membawa masalah kepada sistem peredaran darah, bahagian lain di badan lebih merasakan tekanannya. Kajian NASA menjumpai tanda-tanda bahawa sistem pemulihan DNA di dalam badan angkasawan bekerja lebih daripada biasa. Operasi berkaitan dimulakan setiap kali bahan kimia atau sinaran merosakkan DNA, dan kesan bukti tindakan sedemikian terdapat dalam hasil sampingan yang dikenali sebagai HdG. Di hujung misi angkasawan, pada kebiasaannya kepekatan 8HdG-air kencing didapati telah meningkat tinggi ke 30 peratus daripada bacaan sebelum penerbangan.

    Sinaran dari angkasa menyebabkan sebahagian daripada kerosakan tersebut. Namun pernafasan oksigen tulen, sebagaimana kerap dilakukan angkasawan, mungkin juga merupakan penyebab. Angkasawan menyedut oksigen tulen sewaktu berlepas dan mendarat serta ketika memakai pakaian khas untuk bekerja di luar stesen. Menyedut oksigen pada kepekatan tinggi yang luar biasa diketahui akan merosakkan DNA seseorang melalui tindakan jenis atom oksigen yang dipanggil radikal bebas.

    Kerosakan DNA yang dikesan amat membimbangkan lebih-lebih lagi kerana kepekatan nutrien folat di dalam darah angkasawan menurun selepas selesai penerbangan. Folat membantu dalam memulihkan DNA yang rosak. Apa yang melegakan ialah tahap folat meningkat semula apabila angkasawan mengambil suplemen, tidak seperti bagi nutrien lain. Jelaslah bahawa penerbangan angkasa boleh membahayakan kesihatan seseorang. Namun dengan perancangan baru NASA untuk membina sebuah pangkalan di bulan dan untuk akhirnya menghantar angkasawan ke Marikh, para saintis perlu memikirkan bagaimana menangani bahaya-bahaya yang berkenaan. 

    Tempoh masa yang biasa bagi angkasawan berada di Stesen Angkasa ialah antara 4 hingga 6 bulan, tetapi sebuah misi manusia ke Marikh boleh melibatkan 3 tahun perjalanan pergi balik. Ini menjadikan nutrisi perkara yang bertambah genting. Berdasarkan tinjauan tentang perubahan berkaitan nutrisi yang berlaku pada pengembara angkasa, penyelidik NASA merancang untuk membuat kajian lanjutan terhadap masalah-masalah yang mungkin timbul daripada perubahan tersebut.

    Diet               
    Apakah yang angkasawan makan di angkasa? Bolehkah mereka menanam makanan? Apakah antara benda yang angkasawan makan sewaktu di angkasa? Kemajuan dalam teknologi mempakej membolehkan angkasawan menikmati hidangan makan yang serupa dengan apa yang dimakan di bumi tanpa perlu mengejar makanan yang terapung-apung.

    Hidangan makan boleh terdiri daripada makanan seperti berikut:

    • Kepingan granola dan kacang
    • Makaroni dan keju dan telur, yang mana angkasawan menambah air kepadanya untuk melembutkannya kembali 
    • Buah-buahan, yogurt dan daging yang dirawat dengan haba untuk memusnahkan bakteria 
    • Aprikot dan pic kering yang didehidrat secara separa, dimakan begitu sahaja
    • Steak dan daging lain yang dirawat dengan sinaran untuk memusnahkan mikrob

    Sebahagian makanan sebenarnya berbahaya di angkasa, seperti roti dan makanan lain yang menghasilkan cebisan atau serbuk. Angkasawan boleh jatuh sakit dengan menyedut cebisan roti yang terapung-apung di dalam kabin, atau cebisan itu boleh mengganggu eksperimen saintifik yang terdapat berhampiran dengannya. Makanan panas juga berbahaya kerana jika ia terlepas dan terapung serta menyentuh seorang angkasawan, ini mungkin mengakibatkan angkasawan itu terbakar.Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang bagaimana angkasawan makan di angkasa.



    Links

    Makanan Angkasa

  • SAINS ANGKASA
     
    Objektif Sains Angkasa:
    • Merancang, mempelopori, mengurus, melaksana, menyelaras dan mengawal selia program penyelidikan dan pembangunan dan aktiviti berkaitan sains angkasa di Malaysia.
    • Berperanan sebagai hub rujukan dan hubungan berkaitan bidang sains angkasa di peringkat nasional kepada institusi penyelidikan / agensi  kerajaan /swasta.
     
    Fungsi Sains Angkasa:
    • Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains angkasa seperti astronomi, astrofizik, mikrograviti, fizik angkasa (atmosfera), cuaca angkasa dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan sains angkasa yang boleh menyokong program pembangunan teknologi dan aplikasi angkasa. 
    • Memberi perkhidmatan konsultasi/kepakaran/teknikal dalam bidang cuaca angkasa, penjejakan objek asing dan fasiliti pencerapan.
    • Merancang dan menyelaras pembangunan infrastruktur dan kepakaran tempatan dalam bidang sains angkasa.
    • Menyelaras dan menguruskan aktiviti pengoperasian Observatori Negara Langkawi (LNO)
    • Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia aktiviti penghantaran dan penyelidikan oleh pakar tempatan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk Malaysia.
    • Menjadi ‘Focal Point’ bagi semua keanggotaan Malaysia dalam institusi antarabangsa berkaitan sains angkasa  (contoh: IAU, AOSWA, SIDC)
  • The Research and Development (R&D) programme of MYSA is formulated to support user agencies in the management of agriculture production, natural resources, environment, disaster, security and land development. The programme also carries out the cabinet directives on the use of remote sensing technology to support implementing agencies in the planning, development and management of national resources. The success of this programme is achieved through active participation by government agencies, institutes of higher learning and private sectors.

    fmrs plus   enilaian1  fsi  idengue1
     Forestry Monitoring
    e-Nilaian  Fish Site Identification  Idengue for Community
     spwd  mybiod.jpg  Logo SistemBanjir  logo padi
    SPWD MyGeoBioD Monsoon Flood Paddy Management
  • Matlamat teras dan sebahagian daripada agenda Program Angkasawan™ adalah untuk mencapai kejayaan dalam objektif-objektif berikut untuk memantapkan amalan mematuhi taraf kecermelangan dalam bidang sains, teknologi dan industri di Malaysia.

    Identiti
    Memberi inspirasi kepada warga Malaysia agar berusaha untuk mencapai keunggulan dan kesepakatan tujuan, di samping menanamkan kesedaran identity diri yang bakal membina keazaman negara.

    Pencapaian
    Menghantar seorang Angkasawan™ Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang bakal mendatangkan faedah kepada sains, teknologi dan industri Malaysia.

    Kepakaran
    Memperoleh ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada Rusia dan negara-negara lain supaya menjadi asas bagi Malaysia untuk membina kepakaran dalam lapangan sains angkasa lepas dan sains.

    Ilham
    Memupuk minat di kalangan rakyat muda Malaysia untuk menjelajahi bidang-bidang baru sains dan teknologi yang amat penting untuk memelihara ke boleh saingan negara dalam jangka masa panjang dalam era globalisasi ini.