Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN PEMBEKALAN IMEJ SATELIT REMOTE SENSING

  1. Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap dan mesra.
  2. Memberi maklumbalas kepada sebarang permohonan perkhidmatan dalam tempoh 3-14 hari bekerja.
  3. Membekalkan produk kepada agensi pengguna seperti berikut:
    • Secara amnya, jangkamasa penyediaan satu unit produk berdasarkan imej yang telah sedia ada di MYSA ialah:
      • Produk Standard Digital
        • System Corrected  :  2 hari bekerja
        • Map Corrected  :  4 hari bekerja
        • Pansharp  :  5 hari bekerja
      • Produk Value Added Digital  :  12 hari bekerja
      • Produk Ink Jet Print  :   6-14 hari bekerja
      • Produk Photographic Print  :  7-15 hari bekerja
    • Permohonan imej satelit remote sensing jenis TERHAD akan dikenakan tapisan keselamatan mengikut Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat dan mengambil masa antara 2 minggu ke sebulan.
    • Permohonan imej bagi tujuan pengurusan bencana dan keselamatan negara akan diberi keutamaan paling tinggi dengan menyediakan imej dalam masa 1-3 hari.
    • Permohonan pelajar IPT diberi percuma (bagi produk jenis standard digital system corrected sahaja) tertakluk kepada syarat saiz data ditetapkan mengikut resolusi data satelit yang dipohon. Jangkamasa penyediaan imej adalah dalam tempoh 14-30 hari bekerja.

PIAGAM PELANGGAN BAGI PENGUKURAN DAN PENGUJIAN BERKAITAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, PERSEKITARAN ANGKASA DAN ELEKTROMAGNETIK

  • Meningkat, merangsang dan memupuk keupayaan negara dalam bidang angkasa melalui usaha yang terkamir dan terselaras bagi membangun serta mengaplikasi teknologi angkasa untuk manfaat negara;
  •  Menyokong dan menambah nilai kepada dasar-dasar negara;
  • Mempromosi kerjasama antarabangsa;
  • Memajukan ilmu pengetahuan untuk manfaat kemanusiaan amnya dan rakyat Malaysia khususnya.