MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SCIENCE DIY KATEGORI 1
SCIENCE DIY KATEGORI 2
SCIENCE DIY KATEGORI 3

PROGRAM

Satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam melakukan eksperimen berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI) dan rakaman dilakukan dirumah.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kesedaran dan minat para pelajar terhadap STI 
  • Menerapkan pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia terutama para pelajar.

KATEGORI PENYERTAAN 

Kategori 1 : sekolah rendah pelajar sekolah berumur 7- 9 tahun
Kategori 2 : sekolah rendah pelajar sekolah berumur 10 -12 tahun
Kategori 3 : sekolah menengah pelajar sekolah berumur 13 -16 tahun

SYARAT PERTANDINGAN

  • Setiap penyertaan mestilah menepati tema/ tajuk yang diberikan (Science for Life)
  • Penyertaan video pendek perlu disertakan Nama dan Tajuk.
  • Video yang dihasilkan mesti mengikut durasi yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 3 minit.
  • Video pendek adalah merupakan hasil karya sendiri dan aktiviti yang dirakamkan adalah dilaksanakan di rumah.
  • Video perlulah mempunyai penerangan ringkas berkaitan aktiviti/eksperimen sains yang dijalankan.
  • Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali kakitangan & ahli keluarga MYSA
  • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  • Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada menggunakan telefon pintar /perakam video untuk menghasilkan video di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.
  • Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
  • Format video yang ditetapkan adalah *.mov, *.avi dan *.mp4 sahaja.

HAK CIPTA/COPYRIGHT VIDEO

•    Peserta akan tetap memegang hak-cipta video yang dihantar untuk pertandingan ini dan hanya dibenarkan berkongsi video yang dihantar selepas pertandingan tamat.
•    Melalui penyertaan pertandingan ini, peserta memberi kebenaran kepada MYSA\MOSTI untuk menggunakan, mengolah, mengubahsuai dan menerbitkan semula video-video tersebut. Kredit nama peserta akan dipaparkan jika bersesuaian.

KRITERIA PENGHAKIMAN

  • Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:

i) Eksperimen yang dilakukan= 40 markah

ii) Kreativiti = 40 markah

iii) Kesesuaian dengan tema = 10  markah

iv) Undian atas talian = 10 markah

  • Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Semua video/laporan penyertaan yang diterima oleh pihak Urusetia menjadi hakmilik Urusetia dan Urusetia boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan
  • Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

PENGHANTARAN/SUBMISSION

  • Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui emel kepada urusetia Minggu Sains Negara: sdiy_msn@localhost
  • Bagi video bersaiz besar, peserta bolehlah memuatnaik video tersebut di laman sesawang cloud seperti dropbox, dan link tersebut dinyatakan di dalam emel.
  • Sepuluh (10) aktiviti/eksperimen sains dirumah yang terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk dimuatnaik ke laman sosial MYSA dan MOSTI.

TARIKH

  • Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2020 sebelum jam 12.00 tengah malam.
  • Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan akan ditolak.
  • Penghakiman bermula dari 19 hingga 23 Oktober 2020 dan undian secara online di Socmed adalah dari 24 hingga 26 Oktober 2020.
Skip to content