Persekitaran Angkasa

1) Fasiliti Kajian Mikrograviti Berasaskan Bumi 

a) Klinostat Berpaksi Tunggal 

  • Merupakan sejenis klinostat 2-Dimensi yang menghasilkan kesan simulasi mikrograviti menerusi pembatalan vektor graviti di sepanjang paksi putaran. 
Single Axis Clinostat
 
b) Random Positioning Machine (RPM)
  • Merupakan sejenis klinostat 3-dimensi yang bertindak sebagai simulator mikrograviti berprinsipkan ‘gravity-vector-averaging’.
c) Automated Cultivation System (ACS)
  • Prototaip yang dibina bersama pihak SIRIM.
  • Dilengkapi dengan ruangan khas lut sinar untuk kajian pertumbuhan tanaman kecil dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan penyaluran air secara automatik yang bertujuan untuk meminimumkan pengendalian operator. ACS merupakan ciptaan pelengkap yang dibangunkan khas untuk digunakan bersama RPM.