PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2021 AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA)

PKP 2.0 pematuhan kepada SOP amat penting dalam usaha semua pihak menangani gelombang ketiga COVID-19 di kala trend jelas menunjukkan kadar peningkatan yang agresif.
 
Namun begitu pelaksanaan Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 1 Tahun 2021 Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diadakan pada 15 Januari 2021 (Jumaat) 9.30 pagi secara atas talian berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
 
Antara amanat Ketua Pengarah MYSA bagi menangani isu pandemik ini, selain mengamalkan SOP dan amalan norma baharu warga MYSA diseru mengukuhkan integriti, mendisplinkan diri, menguruskan masa dengan cekap, memiliki daya tahan emosi dan dapat melaksanakan aktiviti berkualiti serta menghasilkan output berkesan.
 
Terus duduk di rumah untuk tempoh dua minggu ini mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sangat penting untuk kita dan negara memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Amalkan 3W (Wash/Wear/Warn) hindari 3S (Sesak/Sempit/Sembang Dekat).