Malaysian Space Agency (MYSA)

Official Portal
Malaysian Space Agency (MYSA)

Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)

Pertandingan mewarna Untuk Kesihatan Sempena Minggu Sains Negara 2021

logo pertandingan mewarna

PENGENALAN

Pertandingan mewarna diadakan bagi kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah sempena Minggu Sains Negara 2021 yang bertemakan ‘Sains Untuk Kesihatan’ dan akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan sains bagi pembangunan modal insan serta membudayakan sains di kalangan rakyat Malaysia melalui pertandingan mewarna lukisan yang disediakan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Sebanyak lima (5) kategori dipertandingkan.

KETERANGAN

  • Peserta diminta mewarna lukisan yang disediakan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Lukisan ini boleh diperolehi di Facebook MYSA atau di ruangan Muat Turun Lakaran (Lukisan) di halaman ini.
  • Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut bersaiz A4 dan mewarnakannya. Penggunaan pensel warna sahaja dibenarkan.
  • Peserta diminta untuk mengimbas (scan) atau mengambil gambar (snap) hasil karya dan kemukakan melalui Borang Pendaftaran (Klik)
  • Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dipertimbangkan.

MUAT TURUN LAKARAN (LUKISAN) MENGIKUT KATEGORI

MAKLUMAN: PENDAFTARAN TELAH DITUTUP PADA 30 APRIL 2021

TEMPOH PERTANDINGAN

Terima kasih kami ucapkan atas penyertaan yang amat menggalakkan daripada adik-adik dalam Pertandingan Mewarna sempena Minggu Sains Negara 2021. Memandangkan bilangan penyertaan yang diterima di luar jangkaan, pihak kami telah meminda tarikh penilaian seperti berikut (berwarna merah):

  • Tarikh Pertandingan : 1 – 30 April 2021
  • Tarikh Tutup Pertandingan: 1 Mei 2021
  • Tarikh senarai pendek: 3-16 Mei 2021 19-21 Mei 2021
  • Tarikh undian “Like” di FB Page MYSA : 3-16 Mei 2021 24 Mei – 6 Jun 2021
  • Tarikh Penilaian Pemenang : 17-19 Mei 2021 7- 9 Jun 2021
  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 21 Mei 2021 11 Jun 2021

SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada kanak-kanak berumur dari 5 tahun  ke 12 tahun;
  2. Peserta hanya dibenarkan menggunakan pensel warna sahaja;
  3. Ahli keluarga / penjaga / guru-guru tidak dibenarkan membantu peserta. Penyertaan akan dianggap BATAL sekiranya didapati berbuat demikian.
  4. Hanya lakaran (lukisan) yang diperoleh dari laman sesawang ini akan di nilai.
  5. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Lukisan diwarnakan sepenuhnya (siap dan lengkap);
  2. Warna logo atau bendera (sekiranya ada) hendaklah betul dan tepat;
  3. Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing; dan
  4. Warna hendaklah terang dan bersih.
  5. Pemenang akan dinilai berdasarkan undian dari juri/hakim dan mempunyai ‘Like’ yang banyak di Fb Page MYSA.

HADIAH

Hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan.

1) KATEGORI A (5-6 TAHUN)

2) KATEGORI B (7-9 TAHUN)

3) KATEGORI C (10-12 TAHUN)

HADIAH MEWARNA MSN

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN: msn@mysa.gov.my  

Skip to content