MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pertandingan melukis Untuk Kesihatan Sempena Minggu Sains Negara 2021

logo pertandingan melukis

PENGENALAN

Pertandingan melukis diadakan sempena sambutan Minggu Sains Negara 2021 yang bertemakan ‘Sains Untuk Kesihatan’ dan akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan sains bagi pembangunan modal insan serta membudayakan sains di kalangan rakyat Malaysia melalui pertandingan melukis terutamanya kepada para pelajar di peringkat sekolah menengah yang berusia antara 13-17 tahun. Sebanyak dua (2) kategori di pertandingkan.

KETERANGAN

  • Untuk Kategori A dan B, peserta akan melukis sebuah lukisan berdasarkan tema sempena Minggu Sains Negara iaitu ‘SAINS UNTUK KESIHATAN’ di mana elemen norma baharu kehidupan dan perubahan gaya hidup masyarakat hari ini dalam membendung wabak COVID-19 serta pelaksanaan transformasi negara ke arah negara berteraskan teknologi dan sains;
  • Lukisan tersebut mestilah bersaiz A3. Menggunakan kaedah bebas;
  • Untuk penghantaran para peserta perlu mengimbas (scan)  dalam bentuk dokumen png dan hantar bersama ketika mengisi borang penyertaan;
  • Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dipertimbangkan; dan
  • Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur.

MAKLUMAN: PENDAFTARAN TELAH DITUTUP PADA 30 APRIL 2021

TEMPOH PERTANDINGAN

Terima kasih kami ucapkan atas penyertaan yang amat menggalakkan daripada adik-adik dalam Pertandingan Melukis sempena Minggu Sains Negara 2021. Memandangkan bilangan penyertaan yang diterima di luar jangkaan, pihak kami telah meminda tarikh penilaian seperti berikut (berwarna merah):

  • Tarikh Pertandingan : 1 – 30 April 2021
  • Tarikh Tutup Pertandingan: 1 Mei 2021
  • Tarikh senarai pendek: 3-16 Mei 2021 19-21 Mei 2021
  • Tarikh undian “Like” di FB Page MYSA : 3-16 Mei 2021 24 Mei – 6 Jun 2021
  • Tarikh Penilaian Pemenang : 17-19 Mei 2021 7-9 Jun 2021
  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 21 Mei 2021 11 Jun 2021

SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan terbuka kepada peserta berumur 13 tahun hingga berumur 17 tahun secara PERCUMA;
  2. Peserta WAJIB mengikut kategori masing-masing;
  3. Peserta bebas menggunakan kaedah melukis dan mewarna di atas kertas bersaiz A3 sahaja;
  4. Lukisan hendaklah ASLI;
  5. Penyertaan akan dianggap BATAL sekiranya didapati tidak asli;
  6. Lukisan hendaklah disimpan sebagai bukti penyertaan; dan
  7. Keputusan juri adalah muktamad.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Kreativiti peserta (sekiranya terdapat elemen tambahan yang sesuai dengan tema lukisan akan di ambilkira).
  2. Warna hendaklah terang dan bersih.
  3. Tidak ada bantuan dari ahli keluarga / penjaga / guru-guru.
  4. Pemenang akan di nilai berdasarkan undian dari juri/hakim dan mempunyai “Like” yang banyak di FB Page MYSA.

HADIAH

Hadiah berupa wang tunai beserta sijil penyertaan.

1) KATEGORI A (13-15 TAHUN)

2) KATEGORI B (16-17 TAHUN)

HADIAH MELUKIS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN: msn@localhost 

 

Skip to content