Malaysian Space Agency (MYSA)

Official Portal
Malaysian Space Agency (MYSA)

Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)

Pertandingan TikTok Sains Untuk Kesihatan Sempena Minggu Sains Negara 2021

Poster tiktok MSN 2021
Poster Hadiah TikTok MSN 2021

MAKLUMAN: PENYERTAAN TELAH DITUTUP PADA 30 APRIL 2021

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian
  • Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara
  • Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains

TEMA

Tema penganjuran program Pertandingan TikTok Sempena Minggu Sains Negara 2021 adalah “Sains Untuk Kesihatan”

SYARAT & TERMA PERTANDINGAN

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Penyertaan perlu mengikut langkah-langkah penyertaan yang telah ditetapkan.
  • Video yang diambil mestilah memaparkan unsur-unsur sains untuk kesihatan.
  • Peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  • Video yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli dan kreatif yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
  • Video yang dimuatnaik tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak milik video-video yang dipertandingan kepada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan berhak menggunakan video-video tersebut untuk tujuan promosi di media cetak/elektronik dan media sosial MYSA.
  • Pemenang akan dinilai berdasarkan video yang paling kreatif dan mempunyai “Like” yang banyak.
  • Pemenang akan di umumkan oleh admin Facebook Page MYSA melalui komen dan ‘inbox, ke FB pemenang.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta adalah tertakluk di bawah syarat dan terma pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak MYSA.
  • Keputusan panel juri/hakim adalah muktamad.

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN

Peserta perlu ‘Like’ dan ‘follow’ Facebook Page Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di @mysaangkasa (Laman Rasmi) sebagai syarat pertandingan.

Hasilkan video yang paling menarik dan kreatif.

Kongsikan video TikTok anda di messenger FB Page kami Agensi Angkasa Malaysia bersama maklumat seperti berikut:

    • Nama :
    • Kad Pengenalan
    • Tel :
    • Alamat :
    • Akaun Facebook :
    • E-mail :

Suntingan dan ubahsuai adalah bebas dan hanya menggunakan Bahasa Melayu.

Video yang mempunyai tema ‘SAINS UNTUK KESIHATAN’ yang menarik dan kreatif serta mendapat ‘like’ terbanyak akan dipertimbangkan sebagai pemenang.

Video yang dihantar perlulah asli dan diambil sendiri oleh peserta pada tahun 2021 sahaja.

Pengumuman pemenang akan dimaklumkan di portal rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan pemenang akan dimaklumkan melalui direct message di akaun Facebook masing-masing.

TEMPOH PERTANDINGAN

Terima kasih kami ucapkan atas penyertaan yang amat menggalakkan daripada adik-adik dalam Pertandingan  TikTok sempena Minggu Sains Negara 2021. Memandangkan bilangan penyertaan yang diterima di luar jangkaan, pihak kami telah meminda tarikh penilaian seperti berikut (berwarna merah):

  • Tarikh Pertandingan : 1 – 30 April 2021
  • Tarikh Tutup Pertandingan: 1 Mei 2021
  • Tarikh senarai pendek: 3-16 Mei 2021 19-21 Mei 2021
  • Tarikh undian “Like” di FB Page MYSA : 3-16 Mei 2021 24 Mei – 6 Jun 2021
  • Tarikh Penilaian Pemenang : 17-19 Mei 2021 7-9 Jun 2021
  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 21 Mei 2021 11 Jun 2021

KATEGORI PERTANDINGAN

Kategori individu/berkumpulan

Mengambil video berdurasi tidak melebihi 1 minit dengan usaha sendiri atau berkumpulan dengan menggunakan telefon pintar atau mana-mana kamera yang sesuai.

HAKMILIK & PENGGUNAAN

  • Peserta berhak terhadap hak cipta gambar yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, hak eksklusif diberi kepada penganjur untuk mencetak semula, menerbit dan mempamerkan video tersebut berserta maklumat yang disertakan bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi dan komersial.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta telah bersetuju memberikan hak milik/hak cipta dan penggunaan serta membenarkan pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk mengguna semula, menyiarkan, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada MYSA secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
  • Pihak MYSA mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

HADIAH PERTANDINGAN

TEMPAT PERTAMA           :     WANG TUNAI BERNILAI RM500

TEMPAT KE-DUA               :     WANG TUNAI BERNILAI RM350

TEMPAT KE-TIGA               :     WANG TUNAI BERNILAI RM270

4 HADIAH SAGUHATI       :     WANG TUNAI BERNILAI RM100

KRITERIA PEMARKAHAN

  1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang telah ditetapkan.
  2. Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat-syarat dan format pertandingan seperti yang telah digariskan.
  3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya video adalah lebih tertumpu kepada tema “Sains Untuk Kesihatan” secara profesional.
  4. Namun demikian, kualiti video juga akan diambil kira dalam pemarkahan. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN: msn@mysa.gov.my 

 

 

Skip to content