PERTANDINGAN ASTROFOTO KEBANGSAAN

PENGENALAN

 Satu pertandingan untuk peminat astrofotografi Malaysia menunjukkan kebolehan dan kemahiran mereka merakam kecantikan langit di Malaysia. Pertandingan dicadangkan dibahagikan kepada dua (2) kategori mengikut jenis gambar dan juga satu kategori untuk undian oleh peminat di laman social Facebook MYSA. 

OBJEKTIF

  1. Menarik minat masyarakat untuk mengenal sains angkasa melalui astrofoto
  2. Menarik minat jurufoto Malaysia kepada keindahan langit malam
  3. Mencabar kemahiran teknikal jurufoto dalam penghasilan imej. Mereka akan mempelajari banyak teknik rakaman gambar yang unik dalam astrofotografi

TARIKH

Tarikh rakaman imej

Sepanjang 2019 – 29 September 2020

Tarikh akhir submission imej

30 September 2020

Pemilihan (JURI)
– 20 gambar untuk undian online

–   Pemenang pilihan juri

1-7 Oktober 2020

Undian FB online       

9-16 Oktober 2020 (1 minggu)

Pengumuman Pemenang (MSN)

30 Oktober 2020

KATEGORI PERTANDINGAN:

  1. PANDANGAN LUAS (Wide Angle)
    • Startrails, Milky Way, Lain-lain
  2. DEEP SKY OBJECT
    • Nebula, Galaksi, Objek Samawi (Matahari, Bulan, Planets, Gerhana Bulan & Matahari, Star Cluster)
  3. UNDIAN ONLINE
    • Imej-imej terpilih daripada penjurian I & II akan dipaparkan di laman facebook MYSA dan dibuka untuk undian online selama satu (1) minggu

KRITERIA PERTANDINGAN

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia, berumur 15 tahun keatas
  • Imej diambil sepanjang tahun 2019 sehingga – September 2020
  • Imej diambil di Malaysia
  • Setiap peserta terhad kepada maksimum 3 imej bagi setiap kategori pertandingan. Namun setiap peserta hanya layak untuk satu hadiah sahaja bagi setiap kategori pertandingan.
  • Pemprosesan imej terhad kepada image enhancement (manipulasi imej seperti komposit tidak dibenarkan)
  • Setiap imej yang dihantar adalah tidak kurang daripada 5 Megapixel, dalam format JPG, atau TIFF.
  • Setiap penyertaan perlu disertakan dengan satu imej asal (mentah, ‘RAW’, exif intact) sebagai bukti imej yang diambil
  • Senarai peralatan yang digunakan untuk rakaman imej perlu diisi dalam borang yang disertakan
  • Watermark pada imej tidak dibenarkan, tetapi nama peserta dan maklumat lain akan disertakan dalam perincian imej

TERMA & SYARAT

  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali kakitangan & ahli keluarga MYSA.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta telah bersetuju dengan syarat-syarat dan peraturan pertandingan serta menjamin imej yang dihantar adalah tulen dan hak milik peribadi peserta. Peserta perlu mendapat kebenaran bertulis daripada institusi jika menggunakan fasiliti bukan hak milik sendiri, untuk mengelakkan sebarang pertikaian.
  • Setiap imej yang dihantar perlu disertakan maklumat tarikh, masa, lokasi dan peralatan yang digunakan bersama setiap penyertaan.
  • Keputusan pertandingan adalah muktamad dan akan diumumkan dalam laman web dan Facebook MYSA\MOSTI.

HAK CIPTA/COPYRIGHT IMEJ

  • Peserta akan tetap memegang hak-cipta imej-imej yang dihantar untuk pertandingan ini dan seterusnya berhak untuk menjual imej-imej tersebut kepada pihak lain.
  • Melalui penyertaan pertandingan ini, peserta memberi kebenaran kepada MYSA\MOSTI untuk menggunakan, mengolah, mengubahsuai dan menerbitkan semula imej-imej tersebut. Kredit nama peserta akan dipaparkan jika bersesuaian.

KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN

  • Imej perlu asli yang diambil oleh peserta
  • Hasil keputusan pemilihan juri adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti kemahiran teknikal, kesenian, keaslian gambar dan lain-lain.
  • Keputusan juri adalah muktamad.
  • Bagi kategori undian online, undian akan dibuka selama seminggu di laman facebook MYSA dan gambar dengan jumlah undian paling tinggi akan dipilih sebagai pemenang

PENYERTAAN/PENGHANTARAN/SUBMISSION

  • Setiap penghantaran imej perlu disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
  • Hantar borang penyertaan dan pautan (link) fail imej kepada astrofoto@mysa.gov.my untuk pihak penganjur muat turun. Dilarang menghantar imej melalui emel (attachment) secara terus. Lihat Contoh Penghantaran Penyertaan.