Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka

Anjuran Bersama

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); dan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Agensi Peneraju

Agensi Angkasa Malaysia(MYSA)

Rakan Strategik

PENGENALAN

Penganjuran Minggu Sains Negara oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di seluruh negara pada setiap tahun telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 sebagai salah satu inisiatif sains kebangsaan. Minggu Sains Negara yang julung kalinya telah diadakan pada 1 hingga 7 April 2018 telah mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Penganjuran Minggu Sains Negara ini juga adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selaku peneraju penganjuran Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka telah mengatur pelbagai pengisian program pada bulan September hingga Oktober 2020 secara maya. Ini termasuk penganjuran Pertandingan Rekabentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah (SiswaSAT) 2020, Pertandingan Mereka Cipta Model Stesen Satelit Bumi untuk Pelajar Sekolah Rendah dan Satelit untuk Pelajar Sekolah Menengah, Space Rocks, Pertandingan Astrofoto dan Aktiviti Eksperimen Sains di Rumah. Selain itu, MYSA dan rakan strategik UTeM juga turut menganjurkan program-program secara maya iaitu Smart Tani for Kids, Fun Coding: Scratch Game Design with Visual Coding, Learn C++ with Arduino: Line following for beginners, Make A YouTube Channel: Animation and Storytelling for STEM bagi tempoh yang sama iaitu September hingga Oktober 2020.

OBJEKTIF PENGANJURAN MINGGU SAINS NEGARA

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan seharian;
  • Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan agenda STEM Negara; dan
  • Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains.

TEMA

Tema “keajaiban sains” untuk Minggu Sains Negara pada tahun ini adalah diambil daripada kata-kata daripada Professor Anatri Desstya (2014), “Sains merupakan proses yang terdiri dari sentuhan fizikal menerusi aktiviti-aktiviti hands-on, eksperimentasi dan proses analatik bertujuan untuk mengkaji keajaiban dunia”. Ia juga diambil berdasarkan kepada aktiviti lazim manusia yang ditandai dengan proses berfikir secara sistematik.

MAJLIS PERASMIAN MSN 2020 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Majlis Perasmian MSN 2020 Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka pada 10 September 2020 bertempat di Auditorium Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

PROGRAM

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selaku peneraju penganjuran Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka telah mengatur pelbagai pengisian program pada bulan September hingga Oktober 2020 secara maya. Ini termasuk penganjuran Pertandingan Rekabentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah (SiswaSAT) 2020, Pertandingan Mereka Cipta Model Stesen Satelit Bumi untuk Pelajar Sekolah Rendah dan Satelit untuk Pelajar Sekolah Menengah, Space Rocks, Pertandingan Astrofoto dan Aktiviti Eksperimen Sains di Rumah. Selain itu, MYSA dan rakan strategik UTeM juga turut menganjurkan program-program secara maya iaitu Smart Tani for Kids, Fun Coding: Scratch Game Design with Visual Coding, Learn C++ with Arduino: Line following for beginners, Make A YouTube Channel: Animation and Storytelling for STEM bagi tempoh yang sama iaitu September hingga Oktober 2020.

Previous
Next

BIL

PENGANJUR

PROGRAM/AKTIVITI

TEMPOH

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
15 Februari - 23 Oktober 2020

1.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

10-30 September 2020

2.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

10-30 September 2020

4.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

19 September 2020

28 September 2020

3 Oktober 2020

10 Oktober 2020

17 Oktober 2020

24 Oktober 2020

TBD

Code War

1 Oktober 2020

STEM Video Challenge (Competition

1 Oktober 2020

Roborace Junior EV3 Lego (Competition)

1 Oktober 2020

5.

MYSA dan

Generasi Marikh Academy

4-10 Oktober 2020

6.

MYSA, Apadilangit dan

Persekutuan Pengakap Malaysia

13-27 September 2020