MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

28 Mei 2021, Kuala Lumpur – Satu mesyuarat dalam talian antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia serta NASA Representative for Asia yang berpusat di Kedutaan Amerika Syarikat di Tokyo, Jepun telah diadakan pada hari ini.

Mesyuarat ini adalah susulan daripada kunjungan hormat TYT Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia ke atas YB Menteri MOSTI yang telah diadakan pada 15 April 2021.

Mesyuarat membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua negara dalam penyelidikan dan pembangunan sektor angkasa. Turut hadir adalah wakil dari NASA di Amerika Syarikat, wakil State Department Office of Space Cooperation, Washington dan wakil Bahagian Antarabangsa, MOSTI.

#MYSA #MOSTI
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

 
MESY MYSA NASA 28 MEI2021
Skip to content