MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Buat julung-julung kalinya, Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Sosial Agensi Remote Sensing Malaysia (KRSM) Kali Ke-25 diadakan secara dalam talian. Ini menjadi pengalaman berharga bagi semua ahli yang turut meraikan Sambutan Jubli Perak KRSM setelah ianya ditubuhkan pada tahun 1996.


Seiring dengan penggabungan Agensi Remote Sensing dan Agensi Angkasa Negara, KRSM turut mengambil initiatif untuk penjenamaan semula nama kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) mulai tahun ini.

Penggabungan dan penjenamaan baharu ini mensasarkan pertambahan ahli kelab dan seterusnya mengukuhkan kesatuan antara ahli untuk kesejahteraan bersama.
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pentadbir Kelab Sesi 2019 – 2021 yang dipimpin oleh Puan Norizan Abdul Patah kerana telah menjalankan pelbagai aktiviti dalam tempoh 2 tahun dan tahniah diucapkan kepada kepimpinan kelab baharu yang akan diterajui oleh Encik Kamaruzzaman Wahid.

#MYSA #MOSTI #KRSM #MYSAC
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19

 
Skip to content