KUNJUNGAN HORMAT OLEH PIHAK INVEST SELANGOR BERHAD KE KOMPLEKS TEKNOLOGI ANGKASA (KTA), BANTING

Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah telah menerima kunjungan hormat oleh pihak Invest Selangor Berhad yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, YB Dato’ Teng Chang Khim di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA Banting pada hari Jumaat, 9 April 2021.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, YBhg. Dato’ Hasan Azhari Bin Hj. Idris, serta pegawai-pegawai dari Bahagian Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO).

Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan peluang untuk menerokai kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam bidang berkaitan. Di akhir sesi, YB Dato’ Teng Chang Khim berkesempatan menanam anak pokok durian sebagai tanda kenangan lawatan.

#MYSA #MOSTI
#STI #DSTIN #MySTIE