KUNJUNGAN HORMAT OLEH DEKAN MIIT, UNIKL KE MYSA

Kunjungan hormat Dekan Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT), YBrs. Prof. Madya Dr. Zalilah Awang Long bersama pegawai-pegawai kanan UNIKL MIIT ke atas YBrs. Ketua Pengarah MYSA, Tuan Hj. Azlikamil Napiah di pejabatnya pada 12 April 2021.
 
Kunjungan hormat ini diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai peranan MYSA dan teknologi angkasa serta membincangkan potensi kerjasama dan kolaborasi yang berkaitan antara MYSA dan UniKL MIIT.