Kementerian

Latar Belakang

  • 1973 – Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
  • 1976 – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)
  • 2004 – Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi
  • 2007 – Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi
  • 2016 – Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara
  • 2018 – Selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah disusun semula dan membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).
  • 2020 – MESTECC telah distrukturkan semula dan namanya telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan Pembentukan Kabinet Kerajaan Baru yang diumumkan pada 9 Mac 2020.
  •  

Visi

“Peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.”

Misi

“Meneroka, membangun dan memanfaatkan STI untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mapan dan terangkum.”

YB Khairy Jamaluddin
Menteri


YB Tuan Haji Ahmad Amzad bin Hashim
Timbalan Menteri


YBhg. Datuk Ir Dr Siti  Hamisah binti Tapsir
Ketua Setiausaha

ALAMAT

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 PUTRAJAYA, MALAYSIA
email:enquiry[at]mosti.gov.my
Tel:(603) 8000 8000
Faks:(603) 8888 9070

Laman Web: www.mosti.gov.my