MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pelancaran darat (Land Launch)

INFOGRAFIK26

Pelancaran darat (Land Launch) merupakan satu kaedah melancarkan pelancar ke angkasa dari tapak pelancar yang terletak di daratan, kepulauan atau kawasan persisiran pantai. Kawasan tapak pelancar darat biasanya jauh dari aktiviti perairan, penempatan dan ekonomi.

Kebanyakan negara di dunia memilih kaedah pelancaran darat bagi misi-misi penerokaan ke angkasa lepas. Sebagai contoh, pelancaran Pelancar Ariane-5 dilaksanakan dari tapak pelancar di darat iaitu di Pusat Angkasa Guiana, Kourou, Perancis bagi misi pelancaran satelit komunikasi negara MEASAT-3B ke geosynchronous orbit (GEO). Contoh lain ialah pelancaran Pelancar Falcon-1 milik Space-X, Amerika Syarikat yang dilaksanakan dari Pulau Omelek, Kwajalein Atoll bagi melancarkan satelit penderiaan jauh negara RazakSAT.

Antara kelebihan tapak pelancar di darat adalah:
🚀 Lebih banyak pilihan kepada operator satelit dalam melancarkan satelit ke orbit kerana sehingga kini terdapat 25 tapak pelancar darat di seluruh dunia.
🚀 Mudah dioperasikan kerana sesetengah pusat pelancaran mempunyai fasiliti lengkap merangkumi kawalan misi pelancaran, integrasi dan pengujian.
🚀 Kedudukan tapak pelancar yang berhampiran Khatulistiwa mampu meningkatkan kelajuan pelancar dengan penggunaan bahan dorongan (bahan bakar) minimum. Faktor ini boleh menjimatkan kos pembuatan pelancar.
🚀 Kedudukan tapak pelancar di persisiran pantai membolehkan sumber air laut digunakan bagi tujuan proses penyejukan terus ke sistem pelancaran.

Kekurangan bagi tapak pelancar di darat pula adalah kesulitan kepada sesetengah negara untuk memiliki tapak pelancar atas faktor jurang jarak (clearance) dari aktiviti perairan, penempatan dan ekonomi.

Untuk info lanjut mengenai pelancaran darat serta bahan bacaan lain, sila layari:

🛰️http://www.spacelaunchreport.com/log2020.html#site

🛰️https://www.arianespace.com/spaceport-facility/operations/

#MYSA #MOSTI #STI #NASA #ESA
#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife 

#SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner 

#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content