INFOGRAPHIC2021 33

Kajian Mikrograviti di Angkasa: Program Penyelidikan Asian Herbs in Space (AHiS)

Program Penyelidikan Asian Herbs in Space (AHiS)
Program Space Seeds for Asian Future (SSAF) adalah program kerjasama di bawah inisiatif Space Environment Utilization Working Group yang ditubuhkan di bawah Asia Pasific Regional Space Agency Forum (APRSAF). Penyelidikan yang dijalankan bertujuan mengkaji kesan mikrograviti terhadap kualiti biji benih, pembesaran tumbuhan, perubahan genetik yang berkait dengan struktur ultra sel dan daya ketahanan terhadap penyakit.
 
MYSA telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melaksanakan kajian kesan mikrograviti terhadap biji benih cili di bawah program SSAF pada tahun 2010. MARDI telah memilih biji benih cili (Capsicum annuum (cv.MC11) untuk dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Januari 2011 dan kembali ke bumi pada Jun 2011. Sebaik sahaja tiba di Malaysia pada 15 Julai 2011, biji benih berkenaan diserahkan kepada MARDI untuk kajian seterusnya di Pusat Kuarantin MARDI di Serdang.
 
Pada 2016, program SSAF diteruskan dengan Program Asian Herbs in Space (AHiS) menggunakan biji benih herba yang menjadi fokus penyelidikan di ISS. MYSA mendapatkan nasihat kepakaran MARDI dalam pemilihan biji benih herba. Kali ini, biji benih yang dipilih ialah Holy Basil (selasih) untuk dihantar ke pihak Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Biji benih yang telah menjalani ground germination test di MARDI telah dilancarkan ke ISS pada 7 Disember 2020 menerusi kapal angkasa kargo SpX-21 dan eksperimen percambahan telah dikendalikan oleh angkasawan Jepun, Soichi Noguchi.