MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SISTEM FSI : IMPAK & PENGIKTIRAFAN

INFOGRAFIK75

SISTEM FSI : IMPAK & PENGIKTIRAFAN

Sejak dioperasikan pada tahun 2010, Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (Sistem FSI) yang berteraskan teknologi angkasa (remote sensing & GNSS), GIS dan ICT yang dibangunkan di bawah kerjasama MYSA, DOF, LKIM dan NEKMAT telah menyumbang kepada pembangunan sektor perikanan negara dan kesejahteraan hidup nelayan.

▶️ IMPAK
Antara impak sistem FSI adalah :-

🐟 Memberi manfaat kepada lebih 30,000 nelayan di seluruh Malaysia melibatkan 1,257 vesel pukat jerut dan 751 vesel pukat hanyut;
🐟 Menjimatkan sehingga 30% masa pencarian kumpulan ikan di laut dan juga penggunaan bahan api vesel;
🐟 Meningkatkan pendaratan ikan pelagik negara sebanyak 24% atau bersamaan dengan 56,190 tan metrik yang menyumbang kepada:
👍 Pengurangan import ikan pelagik dari luar sehingga 40% yang secara tidak langsung mengurangkan aliran keluar matawang negara sehingga RM354 juta dan
👍 Peningkatan pendapatan nelayan sehingga 20% daripada sebelumnya.

▶️ PENGIKTIRAFAN
Sistem FSI hasil kerjasama MYSA, DOF, LKIM dan NEKMAT ini telah mendapat pengiktirafan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014 bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

 

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOA #LKIM #NEKMAT #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife 

#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
 
 
Skip to content