INFOGRAPHIC2021 27

Sistem FSI : Modul FSI Tuna TUNA SUMBER KEKAYAAN BAHARU

Sistem FSI : Modul FSI Tuna TUNA SUMBER KEKAYAAN BAHARU

Sistem FSI : Modul FSI Tuna
TUNA SUMBER KEKAYAAN BAHARU

Industri perikanan tuna merupakan salah satu daripada cabang perikanan tangkapan utama di peringkat global yang memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dan mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Dalam usaha untuk meningkatkan pendaratan tuna di Malaysia, MYSA dan DOF telah melaksanakan penyelidikan bagi menentukan lokasi berpotensi tinggi untuk penangkapan tuna berdasarkan maklumat oseanografi yang dijana daripada imej satelit. Penyelidikan yang bermula pada tahun 2014 ini dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Perikanan Kampung Acheh (FRIKA) di kawasan perairan Sabah dan Labuan.

Daripada hasil penyelidikan ini, satu modul baharu telah dibangunkan di bawah Sistem FSI bagi penentuan lokasi berpotensi tinggi penangkapan tuna oseanik khasnya untuk spesies tuna sirip kuning (yellowfin tuna) dan tuna jalur (skipjack). Pada tahun 2020, MYSA dan DOF telah melaksanakan beberapa siri verifikasi di lapangan untuk menambah baik modul FSI Tuna bagi penangkapan spesies tuna neritik.

Maklumat lokasi daripada Modul Tuna membolehkan nelayan keluar ke laut untuk menangkap ikan tuna berdasarkan kumpulan tertentu sama ada tuna oseanik atau neritik dengan kuantiti hasil tangkapan ikan yang lebih baik. Seterusnya, pengoperasian Sistem FSI Modul Tuna ini akan diperluaskan ke perairan antarabangsa seperti Lautan Hindi pada masa hadapan.

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOA #LKIM #NEKMAT #metmalaysia #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife 

#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa