MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SISTEM FSI: SEBARAN MAKLUMAT

INFOGRAFIK73

SISTEM FSI : SEBARAN MAKLUMAT

▶️ PORTAL FSI
Maklumat lokasi berpotensi penangkapan ikan yang dijana daripada Sistem FSI disebarkan kepada nelayan dalam bentuk paparan peta interaktif menerusi portal Sistem FSI (http://fsi.mysa.gov.my/). Sebagai alternatif kepada nelayan yang tidak mempunyai kemudahan ICT, maklumat lokasi boleh diakses melalui 64 Pusat Sebaran Sistem FSI yang telah diwujudkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di bawah seliaan NEKMAT.

▶️ PAPARAN ELEKTRONIK
Maklumat lokasi berpotensi penangkapan ikan bersama maklumat cuaca daripada Met Malaysia juga dipaparkan menerusi paparan elektronik yang disediakan di beberapa Kompleks Pendaratan Ikan LKIM.

▶️ APLIKASI MyFSI
Nelayan dijangka akan dapat menerima maklumat lokasi melalui telefon pintar mulai September 2021 setelah aplikasi MyFSI siap dinaik taraf selaras perubahan teknologi terkini.

Maklumat yang disediakan dan akses kepada portal Sistem FSI adalah terhad kepada vesel nelayan yang berdaftar dengan DOF. Dalam usaha untuk mencapai penggunaan sistem FSI secara optimum, program promosi dan latihan penggunaan sistem telah dilaksanakan bagi operator di agensi-agensi perikanan dan nelayan di seluruh negara.

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOA #LKIM #NEKMAT #metmalaysia #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife 

#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
 
 
 
 
Skip to content