INFOGRAPHIC2021 24

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) “Merakyatkan Perkhidmatan Menjana Pendapatan”

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)** “Merakyatkan Perkhidmatan Menjana Pendapatan”

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)
“Merakyatkan Perkhidmatan Menjana Pendapatan”

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah berjaya membangunkan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI – Fishing Site Identification). Sistem berteraskan teknologi angkasa (remote sensing), sistem maklumat geografi (GIS) dan ICT ini dibangunkan secara dalaman menggunakan tenaga kepakaran, fasiliti dan infrastruktur sedia ada di keempat-empat agensi.

Pembangunan sistem ini telah bermula pada Jun 2007 dan mula diguna pakai pada Oktober 2010 di perairan pantai timur Semenanjung Malaysia. Dalam usaha merakyatkan perkhidmatan Sistem FSI kepada golongan sasar, penggunaan sistem ini kemudiannya telah diperluaskan ke perairan pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada awal 2011.

Melalui Sistem FSI, maklumat daripada imej satelit remote sensing khususnya yang diterima di Stesen Penerima Data Satelit MYSA, Temerloh telah digunakan bagi mengenal pasti lokasi populasi ikan yang tinggi. Nelayan kini dengan mudah dapat mengetahui lokasi-lokasi yang berpotensi untuk penangkapan ikan sebelum turun ke laut dan boleh terus menuju ke lokasi yang dikenal pasti untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang jauh lebih tinggi daripada biasa.