INFOGRAPHIC2021 22

MakGeoPadi: Pemerkasaan Ke Arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

MakGeoPadi: Modul Soil Profiling
MakGeoPadi: Crop Cutting Survey (CCS)
MAKGEOPADI: PEMERKASAAN KE ARAH REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)
 
Pada tahun 2019, MYSA dan DOA mengambil inisiatif meningkatkan keupayaan MakGeoPadi melalui pembangunan modul baharu iaitu Soil Profiling. Modul yang mula dibangunkan di IADA Pulau Pinang bertujuan mewujudkan pangkalan data profil tanah seperti keasidan, kesuburan dan tahap jerlus tanah.
 
Maklumat tersebut dikemas kini secara terus ke dalam MakGeoPadi dan diintegrasi dengan imej satelit, data asas kawasan padi dan kadar pembajaan yang disyorkan oleh MARDI. Ini membolehkan agensi pertanian mengenal pasti lot-lot sawah yang bermasalah seperti tanah berasid, tanah tidak subur dan tanah jerlus dengan lebih cepat dan tepat supaya bantuan dan khidmat nasihat dapat diberikan kepada pesawah pada kadar segera.
 
Modul baharu Crop Cutting Survey (CCS) pula mula dibangunkan di IADA Barat Laut Selangor berdasarkan maklumat lot bertanam yang dijana daripada imej satelit terkini bagi menentukan secara tepat lot-lot sawah bagi persampelan CCS untuk mengelakkan pemilihan lot yang tidak bertanam padi. Ini membolehkan anggaran hasil padi dibuat dengan lebih tepat dan cepat bagi perancangan lojistik lepas tuai dan keperluan import beras negara.
 
Kecerdasan Buatan (AI) telah diguna pakai dalam pengemaskinian lot sawah secara automatik daripada imej satelit terkini dan imej arkib yang mempercepatkan pengemaskinian lot sawah kepada setiap tahun berbanding dua tahun sebelum ini. Maklumat lot sawah ini menjadi input penting kepada pembangunan modul baharu MakGeoPadi.