INFOGRAPHIC2021 20

Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi)

MakGeoPadi: Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi

Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) merupakan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa (remote sensing), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan ICT bagi pengurusan tanaman padi secara komprehensif, sistematik dan lebih berkesan. Pembangunan sistem ini dilaksanakan di bawah kerjasama strategik MYSA dan Jabatan Pertanian (DOA) menggunakan kepakaran dalaman dan sumber-sumber sedia ada kedua-dua agensi.

MYSA berperanan memperoleh, memproses dan menganalisis imej satelit terkini serta membangunkan sistem aplikasi dan pangkalan data. Jabatan Pertanian (DOA) pula berperanan menyediakan profil petani dan lot sawah serta data asas kawasan padi seperti maklumat hasil dan pendapatan pesawah. MakGeoPadi membolehkan agensi pertanian merancang dan mengurus jelapang padi serta memantau status aktiviti penanaman padi secara dalam talian.

Sistem ini mula beroperasi pada Julai 2012 di kawasan perintis dan kemudiannya secara berperingkat di jelapang padi lain di seluruh Malaysia. Sehingga kini, MakGeoPadi telah dioperasikan di 12 jelapang padi iaitu:

🌾 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor – Kawasan Perintis
🌾 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah
🌾 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan
🌾 IADA Kerian, Perak
🌾 IADA Seberang Perak, Perak
🌾 IADA Kemasin Semerak, Kelantan
🌾 IADA KETARA, Terengganu
🌾 IADA Pulau Pinang
🌾 IADA Rompin, Pahang
🌾 IADA Pekan, Pahang
🌾 IADA Kota Belud, Sabah
🌾 IADA Batang Lupar, Sarawak

 

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOA #MADA #KADA #IADA #LPP #STI #DSTIN #MySTIE #LindungDiriLindungSemua 

#SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalkanNormaBaharu #BersamaKitaHentikanCovid19