MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pencapaian & Pengiktirafan SPDS

INFOGRAFIK62

PENCAPAIAN & PENGIKTIRAFAN SPDS

Pada tahun 2017, SPDS telah menerima pensijilan “Direct Receiving Station (DRS) in Malaysia for Pleiades and SPOT Constellation” daripada syarikat Airbus Defence and Space Intelligence, Perancis yang mengiktiraf SPDS di peringkat antarabangsa sebagai stesen penerima data satelit SPOT-6, SPOT-7, Pleiades-1A dan Pleaides-1B. SPDS juga telah ditauliahkan sebagai stesen penerima data satelit RADARSAT-2 daripada syarikat MDA Kanada.
 
Sebagai usaha meningkatkan kepakaran dan kecekapan pengoperasian sistem penerimaan data satelit serta memperkukuhkan kerjasama dan jaringan antarabangsa, SPDS terlibat secara aktif dalam:
🔅 ASEAN Workshop on Ground Station Experts Exchange di bawah ASEAN Sub-Committee on Space Technology and Applications (SCOSA) yang dianjurkan dua tahun sekali di negara ASEAN secara bergilir. Malaysia telah menjadi tuan rumah pada 15-16 Oktober 2018;
🔅 RADARSAT Network Station Meeting anjuran MDA, Kanada; dan
🔅 Direct Receiving Station Meeting anjuran Airbus, Perancis.
 
Dalam memastikan perkhidmatan berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, SPDS mematuhi prosedur mengikut standard MS ISO bagi penghasilan data satelit. SPDS mendapat pengiktirafan pensijilan standard MS ISO 9001:2008 dan telah dinaik taraf kepada standard terkini MS ISO 9001:2015 pada 22 Januari 2019.
 
Sejak SPDS mula beroperasi pada tahun 2003, sebanyak 1.4 juta scene data pelbagai jenis satelit telah dimuat turun (downlink) dengan saiz bersamaan 90 terabytes.
 
 
Skip to content