MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pengoperasian Teknologi Angkasa Dalam Pemantauan & Pengurusan Fenomena Kejadian Tanah Runtuh

INFOGRAFIK58
INFOGRAFIK58a
INFOGRAFIK58b
INFOGRAFIK58c
INFOGRAFIK58d

PENGOPERASIAN TEKNOLOGI ANGKASA DALAM PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN FENOMENA KEJADIAN TANAH RUNTUH

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mengoptimumkan penggunaan imej satelit pelbagai resolusi seperti SPOT, Pleiades, IKONOS dan GeoEye dalam menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa berkaitan. MYSA memanfaatkan imej satelit tersebut bagi menambah baik metodologi dan pemodelan untuk menghasilkan Peta Zon Bahaya Tanah Runtuh (Landslide Susceptibility Map) bagi kegunaan pihak berkuasa dalam mencegah dan mengurangkan kejadian tanah runtuh di kawasan berisiko.

Metodologi ini melibatkan cerapan, pemprosesan dan analisis imej satelit bagi mendapatkan maklumat permukaan bumi seperti bentuk muka bumi (kelengkungan, kecerunan dan sudut aspek), struktur geologi, guna tanah, serta indeks tumbuhan yang kemudiannya diintegrasikan dengan maklumat lain berkaitan seperti jenis batuan, jenis tanah dan taburan hujan.

MYSA dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan telah membangun satu sistem pengurusan cerun yang dikenali sebagai e-Slope dan boleh diakses terus secara dalam talian. Sistem ini terdiri daripada dua modul iaitu Modul Pengurusan Cerun yang berfungsi menyediakan maklumat cerun dan maklumat berkaitan seperti imej satelit pelbagai tarikh bagi pemantauan cerun dengan lebih cekap.

Manakala Modul Pembangunan Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi pula berfungsi menyediakan input analisis kesesuaian pembangunan fizikal bagi membantu pihak berkuasa berkaitan memantau dan mengurus kejadian tanah runtuh lebih cekap, cepat dan sistematik.

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #KeajaibanSains #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita 

#KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
Skip to content