INFOGRAPHIC18

Balai Cerap Hubungan Terrestrial Solar (STEREO)

Balai Cerap Hubungan Terrestrial Solar (STEREO)

Balai Cerap Hubungan Terrestrial Solar (STEREO) terdiri daripada dua balai cerap kecil yang hampir sama dikenali sebagai STEREO-A dan STEREO-B dengan fungsi penglihatan stereoskopik. STEREO ditempatkan dalam orbit yang mengelilingi Matahari dengan jarak 150 juta km dari Matahari. Balai cerap ini dibangunkan oleh NASA (Amerika Syarikat) dengan kerjasama Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Switzerland dan United Kingdom. STEREO-A masih berfungsi sehingga kini manakala STEREO-B telah tamat operasi pada tahun 2018.

Kelebihan STEREO dalam memberikan penglihatan stereoskopik membantu saintis mengatasi kekurangan yang ada pada imej Matahari yang dicerap oleh satelit-satelit yang dilancarkan sebelum ini. Imej tiga dimensi (3D) Matahari dapat digunakan bagi menganggarkan jarak kedalaman imej dengan lebih tepat dalam posisi 360 darjah dan berkeupayaan mencerap permukaan lebih meluas walaupun medan penglihatannya sempit.

Maklumat 3D ini amat diperlukan dalam kajian lentingan jisim korona (CME-Corona Mass Ejection) yang dibentuk dari medan magnet yang tinggi kerana ia dapat mengukur kedudukan gangguan yang disebabkan oleh Matahari secara tepat dan berterusan. Menurut saintis, letupan CME merupakan ancaman utama kepada Bumi dan mampu menyebabkan kerosakan yang serius kepada sistem grid elektrik Bumi, memusnahkan satelit yang berada di orbit dan mengganggu komunikasi radio.

Antara pencapaian utama STEREO ialah:
👁️‍🗨️ 2009 – mencerap ‘tsunami suria’ iaitu gelombang plasma yang sangat panas dan terdapat letusan magnetik luar biasa merentasi permukaan Matahari.
👁️‍🗨️ Julai 2012 – mencerap ribut suria yang kekuatannya bersamaan Badai Matahari (Carrington Event) iaitu semburan ribut suria Matahari terbesar.
👁️‍🗨️ September 2012 – penjanaan pertama kali imej/peta 3D @ 360 darjah keseluruhan Matahari hasil kombinasi imej perspektif berbeza STEREO A dan STEREO B.

Maklumat lanjut layari portal NASA: https://go.nasa.gov/2IQ0AAV dan ePortal: https://bit.ly/2UDJUPs

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #KeajaibanSains #ScienceForLife #SatellitesImproveLife
#KitaJagaKita #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa