MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Teleskop Angkasa Hubble

INFOGRAFIK13

TELESKOP ANGKASA HUBBLE telah dilancarkan oleh Agensi Angkasa Amerika (NASA) dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA) pada 24 April 1990 ke orbit rendah bumi (LEO – Low Earth Orbit) pada ketinggian 547 km dari permukaan bumi dengan menggunakan Space Shuttle Discovery (STS-31). Teleskop angkasa ini diberi nama sempena seorang astronomer terkenal iaitu Edwin Hubble.

Gugusan bintang NGC 3532 adalah imej pertama yang dicerap Hubble pada 20 Mei 1990. Hubble boleh disimpulkan sebagai sebuah peralatan saintifik yang produktif semenjak ianya dibina. Sehingga kini, Hubble telah melaksanakan lebih daripada 1.4 juta pemerhatian. Imej yang telah dicerap oleh Hubble membantu para saintis menganggarkan usia alam semesta yang dianggarkan hampir 14 bilion tahun.

Pada 24 Aprill 2020 yang lalu genaplah 30 tahun Hubble beroperasi di ruang angkasa dan teleskop angkasa ini dijangka mampu beroperasi sehingga tahun 2040. Bagi meneruskan kesinambungan Hubble, NASA akan melancarkan James Webb Space Telescope pada tahun 2021.

Layari pautan di bawah untuk melihat imej angkasa yang menarik dicerap oleh Hubble: https://www.nasa.gov/mission…/hubble/multimedia/index.html

#MYSA #MOSTI #NASA #ESA #STI #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content