INFOGRAFIK7

Antara Penggunaan Sistem Satelit Navigasi Sejagat (GNSS)

Antara Penggunaan Sistem Satelit Navigasi Sejagat (GNSS)

Perbualan antara dua orang sahabat di kedai kopi.

Fauzi : “Kenapa dulu kita boleh keluar memandu tak guna GPS boleh jer sampai tetapi sekarang siang hari nak pergi Kg Bharu pun kena pakai GPS. Sekali bateri telefon habis menggelabah tak ingat jalan”.

Halim : “Masalah ni bukan kau saja alami. Tahun 1986 selamba dari Alor Star ke Kuala Lumpur kami kayuh basikal BMX. 2 hari baru sampai. Tengok penunjuk arah dari signboard jer. Umur masa tu baru 16 tahun. La ni umur dah 50 tahun nak pergi tempat kerja dari Cheras ke Petaling Jaya jalan hari-hari ikut pun tengok GPS. Kalau ada kesesakan lalu lintas boleh cari option lain”.

Dalam perbualan ini kita dapat lihat bagaimana kebergantungan dalam kehidupan kita hari ini terhadap teknologi. Tanpa sedar teknologi yg kita guna itu adalah aplikasi teknologi angkasa. Cuba lihat situasi bila kita tertinggal telefon bimbit di rumah. Kita sanggup untuk patah balik ke rumah bukan?

Hari ini, dalam menangani pandemik Covid-19 kita juga turut digalakkan mengamalkan norma baharu. Antara penggunaan GNSS dalam kehidupan seharian kita seperti tempahan makanan menggunakan perkhidmatan Grab dan Food Panda, pembelian atas talian/on-line di Shopee dan Lazada, sistem tracking penghantaran barang yang di pesan menggunakan Pos Laju dan macam-macam lagi.

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB

#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa