INFOGRAFIK6

Sistem Satelit Navigasi Sejagat (GNSS)

Sistem Satelit Navigasi Sejagat (GNSS)

Sistem Satelit Navigasi Sejagat atau Global Navigation System (GNSS) merupakan sistem satelit yang memberi maklumat lokasi di permukaan bumi. Satelit navigasi ini direkabentuk untuk penentududukan dan navigasi di darat, udara dan laut.

GNSS memerlukan sekurang-kurangnya 4 satelit penentududukan beroperasi pada satu masa untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas permukaan bumi pada tahap ketepatan yang baik.

 

Kebanyakan satelit navigasi beroperasi di Orbit Medium Bumi (Medium Earth Orbit) iaitu kira-kira 20,000km jauh dari permukaan bumi.

 

Terdapat 4 Sistem Satelit Navigasi Sejagat iaitu:

(i) Global Positioning System (GPS) – Amerika Syarikat;

(ii) Globalnaya Navigatsionnaya Sputnikovaya Sistema (GLONASS) – Rusia;

(iii) Sistem Satelit Navigasi BeiDou (BDS) – China;

(iv) Sistem Satelit navigasi GALILEO – Kesatuan Eropah.

2 sistem yang beroperasi secara regional pula adalah:

(i) Quasi-Zenith Satellite System (QZSS) – Jepun; dan

(ii) Indian Regional Navigation Satellite System (IRNSS) atau NavIC – India.

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa