INFOGRAFIK25

KENDERAAN PELANCAR ROKET PERUM

KENDERAAN PELANCAR ROKET PERUM

Roket perum (sounding rocket/rocketsonde) juga disebut roket penyelidikan adalah roket yang membawa instrumen untuk melaksanakan eksperimen saintifik seperti kajian atmosfera, penyelidikan mikrograviti, pencerapan objek astronomi dan meteorologi bagi ramalan kaji cuaca serta melancarkan satelit ringan (satelit nano). Sounding berasal daripada kosa kata nautika “to sound” bermaksud “mengambil ukuran”.

Roket perum dengan muatan instrumen saintifik boleh dilancarkan dari permukaan bumi ke ruang angkasa sehingga mencapai ketinggian 30 km altitud bagi pelepasan belon kajian cuaca dan boleh mencecah sehingga lebih 100km altitud bagi kajian ionosfera. Pelancaran satelit ringan (satelit nano) pula pada ketinggian minimum 120 km altitud. Kebanyakan roket perum menggunakan bahan dorongan pepejal (bahan bakar kimia) untuk menghasilkan tujahan serta mempunyai reka bentuk ekzos motor yang teguh bagi menampung tekanan dari pelepasan gas-gas panas melalui pembakaran bahan dorongan tersebut.

Roket Perum Black Brant adalah keluarga roket perum rekaan dari Kanada yang dibina oleh Bristole Aerospace. Roket perum ini amat popular dan kerap digunakan oleh Agensi Angkasa Kanada (CSA) dan Agensi Angkasa Amerika (NASA). Sejak mula dilancarkan pada tahun 1962, Black Brant adalah roket perum yang paling dipercayai dengan peratus kejayaan 99.4% bagi 500 pelancaran terakhir. Sehingga kini, lebih daripada 1,000 roket perum Black Brant telah dilancarkan di semua benua kecuali Antartika. Antara lain, roket perum ini digunakan dalam penyelidikan dan eksperimentasi ionosfera serta ramalan cuaca. Bagi kajian berkaitan ramalan cuaca, Black Brant XII dilancarkan bagi membawa instrumen saintifik untuk mengkaji awan.

Untuk info lanjut mengenai roket perum serta bahan bacaan lain, sila layari:

#MYSA #MOSTI #STI #NASA #ESA
#MSN2020 #MagicOfScience #KeajaibanSains #ScienceForLife #SatellitesImproveLife 

#KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu 

#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa