INFOGRAFIK24

TEKNOLOGI PELANCAR

TEKNOLOGI PELANCAR

Kenderaan pelancar adalah kenderaan yang menggunakan kuasa roket untuk membawa muatan seperti satelit, space probe, kapal angkasa dan angkasawan dari permukaan Bumi ke angkasa, biasanya ke orbit Bumi atau lebih jauh dalam ruang angkasa untuk tujuan eksplorasi, perkhidmatan komunikasi, navigasi, pemantauan bumi dan meteorologi serta penyelidikan. Sistem pelancaran merangkumi kenderaan pelancar, tapak pelancaran, sistem pemasangan dan pengisian kenderaan, dan infrastruktur lain yang berkaitan. Kenderaan pelancar boleh dilancarkan dari platform pelancaran sama ada di darat, laut atau udara.

Untuk memasuki orbit Bumi, kenderaan pelancar memerlukan daya tujahan yang terhasil daripada tindak balas pembakaran bahan dorongan dalam enjin seperti pepejal, cecair, hibrid atau ion plasma untuk menggerakkannya sama ada secara vertikal atau horizontal ke angkasa. Kenderaan pelancar memerlukan kelajuan minimum 28 ribu km per jam, 25 kali lebih cepat daripada kelajuan bunyi bagi melepasi tarikan graviti Bumi.

Kenderaan pelancar Vostok (dalam bahasa Rusia: Восток, iaitu “Timur”) adalah keluarga roket dari Rusia yang direka bentuk bagi program penerbangan manusia ke angkasa. Vostok telah mencipta sejarah melancarkan satelit pertama buatan manusia iaitu Sputnik 1 pada 4 Oktober 1957 dan melancarkan kapsul yang membawa manusia pertama ke angkasa iaitu angkasawan Rusia, Yuri Gagarin ke bulan pada 12 April 1961.

Soyuz TMA-11 adalah kenderaan pelancar milik Rusia yang membawa Angkasawan Pertama Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Kenderaan pelancar ini yang turut membawa 2 kru ISS dilancarkan pada 10 Oktober 2007 dari tapak pelancaran yang terletak di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Untuk info lanjut mengenai kenderaan pelancar serta bahan bacaan lain, sila layari:
🛰️
https://coolcosmos.ipac.caltech.edu/ask/274-When-was-the-first-rocket-launched-into-space-
🛰️
https://www.space.com/every-crewed-spacecraft-human-spaceflight-history.html

#MYSA #MOSTI #STI #NASA #ESA #ISS #PKPB #KeajaibanSains #MagicOfScience 

#ScienceForLife #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang 

#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19