INFOGRAFIK2021 25

Penjanaan Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan: Cepat & Tepat

Penjanaan Maklumat Lokasi Penangkapan Ikan : Cepat & Tepat

PENJANAAN MAKLUMAT LOKASI PENANGKAPAN IKAN : CEPAT & TEPAT

Masa pencarian kumpulan ikan merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kos operasi penangkapan ikan merangkumi kos bahan api, tenaga manusia, bekalan makanan dan penyelengaraan. Bagi mengatasi isu ini, MYSA dan ketiga-tiga agensi perikanan telah memanfaatkan sepenuhnya imej satelit oseanografi yang diterima daripada satelit SNPP, Aqua dan Terra setiap hari untuk mengenal pasti lokasi yang mempunyai kepadatan ikan yang tinggi dengan tepat.

Imej satelit oseanografi berkenaan diproses bagi mengekstrak data parameter laut seperti suhu permukaan laut (SST) dan klorofil. SST merupakan petunjuk untuk keberadaan ikan atau habitat yang sesuai, manakala data klorofil merupakan petunjuk kepada kepadatan fitoplankton yang merupakan sumber asas dalam rantaian makanan utama bagi ikan pelagik seperti ikan kembung, selar, pelaling dan selayang.

Data suhu permukaan laut dan klorofil kemudiannya dianalisis bagi menjana titik lokasi kawasan berpotensi tinggi untuk penangkapan ikan. Maklumat ini disimpan di pangkalan data Sistem FSI dan disebarkan kepada nelayan berdaftar dalam bentuk paparan peta yang interaktif menerusi portal Sistem FSI secara online.

 

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOA #LKIM #NEKMAT #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife 

#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa