INFOGRAFIK2021 17

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING: PROSEDUR PERMOHONAN

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING: PROSEDUR PERMOHONAN

PERKHIDMATAN DATA SATELIT REMOTE SENSING: PROSEDUR PERMOHONAN

Data satelit remote sensing di MYSA terbahagi kepada dua kategori iaitu “terperingkat” dan “tidak terperingkat”. Data satelit yang dikategorikan sebagai terperingkat adalah yang beresolusi 5 meter dan ke bawah seperti SPOT-5 A/B & THR, SPOT-6 dan SPOT-7, Pleiades-1A dan Pleiades-1B, WorldView, QuickBird II, IKONOS, TerraSAR-X SPOTLight Mode, RADARSAT-2 SPOTLight Mode. Manakala data tidak terperingkat adalah data satelit yang beresolusi melebihi 5 meter seperti Landsat, SPOT-5J, SPOT-6/7 MS, SPOT-2/3/4, Sentinel-1A/B, Sentinel-2A/B, RADARSAT-1, NOAA, Soumi NPP, Aqua/Terra.

Prosedur permohonan imej satelit terperingkat boleh diakses di portal MYSA http://www.mysa.gov.my/prosedur-permohonan-imej-satelit…. Permohonan ini perlu mengikut prosedur di bawah Pekelliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat. Pemohon perlu melalui tapisan keselamatan oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi data tidak terperingkat, MYSA menyediakan perkhidmatan data secara percuma melalui Katalog Data Terbuka mulai Oktober 2018 di http://rsopendata.mysa.gov.my/.

Sehingga kini, sebanyak 790 scene data yang bersamaan dengan 400 GB telah dimuat naik ke dalam katalog ini. Perkhidmatan Katalog Data Terbuka ini adalah selaras dengan hala tuju MOSTI dalam perkongsian data untuk awam khususnya bagi tujuan penyelidikan dan penjanaan ilmu baharu. Manakala bagi data tidak terperingkat yang tiada dalam katalog data terbuka perlu dipohon mengikut prosedur permohonan imej satelit di http://www.mysa.gov.my/prosedur-permohonan-data/.

 

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang 

#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19