INFOGRAFIK2021 15

Pencapaian & Pengiktirafan SPDS

Pencapaian & Pengiktirafan SPDS

PENCAPAIAN & PENGIKTIRAFAN SPDS

Pada tahun 2017, SPDS telah menerima pensijilan โ€œDirect Receiving Station (DRS) in Malaysia for Pleiades and SPOT Constellationโ€ daripada syarikat Airbus Defence and Space Intelligence, Perancis yang mengiktiraf SPDS di peringkat antarabangsa sebagai stesen penerima data satelit SPOT-6, SPOT-7, Pleiades-1A dan Pleaides-1B. SPDS juga telah ditauliahkan sebagai stesen penerima data satelit RADARSAT-2 daripada syarikat MDA Kanada.
ย 
Sebagai usaha meningkatkan kepakaran dan kecekapan pengoperasian sistem penerimaan data satelit serta memperkukuhkan kerjasama dan jaringan antarabangsa, SPDS terlibat secara aktif dalam:
๐Ÿ”… ASEAN Workshop on Ground Station Experts Exchange di bawah ASEAN Sub-Committee on Space Technology and Applications (SCOSA) yang dianjurkan dua tahun sekali di negara ASEAN secara bergilir. Malaysia telah menjadi tuan rumah pada 15-16 Oktober 2018;
๐Ÿ”… RADARSAT Network Station Meeting anjuran MDA, Kanada; dan
๐Ÿ”… Direct Receiving Station Meeting anjuran Airbus, Perancis.
ย 
Dalam memastikan perkhidmatan berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, SPDS mematuhi prosedur mengikut standard MS ISO bagi penghasilan data satelit. SPDS mendapat pengiktirafan pensijilan standard MS ISO 9001:2008 dan telah dinaik taraf kepada standard terkini MS ISO 9001:2015 pada 22 Januari 2019.
ย 
Sejak SPDS mula beroperasi pada tahun 2003, sebanyak 1.4 juta scene data pelbagai jenis satelit telah dimuat turun (downlink) dengan saiz bersamaan 90 terabytes.
ย 
ย