INFOGRAFIK2021 12

Stesen Penerima Data Satelit (SPDS), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Stesen Penerima Data Satelit (SPDS) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

STESEN PENERIMA DATA SATELIT (SPDS), AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA) 

Stesen Penerima Data Satelit (SPDS), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Temerloh, Pahang dibangunkan pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada tahun 2003 untuk menerima, memproses dan mengarkib data satelit remote sensing secara masa sebenar bagi memenuhi keperluan negara.

Faktor utama pemilihan Temerloh adalah kerana lokasi yang strategik sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia yang membolehkan sistem antena mencerap dalam radius sehingga 2,500 kilometer meliputi perairan dan daratan Malaysia.

SPDS dilengkapi sistem penerimaan data satelit yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu sistem antena pelbagai saiz dan sistem prapemprosesan pelbagai misi untuk menerima dan memproses data satelit remote sensing daripada resolusi rendah sehingga sangat tinggi.

Pada permulaan operasi, SPDS dilengkapi dengan sistem antena berdiameter 13 meter untuk menerima data satelit SPOT (Perancis) dan RADARSAT (Kanada) serta sistem antena 2.4 meter untuk menerima data satelit NOAA (Amerika Syarikat).

Pada tahun 2005, SPDS mula menerima data satelit Terra, Aqua dan SNPP (Amerika Syarikat) menggunakan sistem antena berdiameter 3.6 meter. Pada tahun 2014, SPDS dipertingkatkan lagi dengan sistem antena berdiameter 7.3 meter untuk menerima data satelit SPOT, Pleiades (Perancis) dan RADARSAT (Kanada).

Sistem-sistem berteknologi tinggi ini membolehkan SPDS menerima pelbagai data satelit remote sensing secara terus setiap hari.

 

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang 

#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa