MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TELESKOP ASTRONOMI INFRAMERAH (IRAS)

INFOGRAFIK15

IRAS merupakan teleskop inframerah (infrared) pertama yang dilancarkan ke angkasa pada 21 November 1983 menggunakan roket Delta ke orbit rendah bumi (LEO – Low Earth Orbit) dengan ketinggian 900km dari bumi. Teleskop ini adalah projek kerjasama saintifik antara Agensi Angkasa Amerika (NASA), Netherlands Agency for Aerospace Programmes dan United Kingdom’s Science and Engineering Research Council.

Tujuan pelancaran IRAS adalah untuk mengkaji dan membuat pemetaan keseluruhan angkasa dengan menggunakan gelombang inframerah. Walaupun hanya mampu bertahan selama 10 bulan di ruang angkasa namun IRAS telah merekodkan beberapa penemuan penting iaitu seperti berikut:

  • penemuan enam komet baharu termasuk IRAS-Araki-Alcock yang dinamakan bersempena nama satelit IRAS dan dua ahli astronomi amatur, yang merupakan guru iaitu George Alcock dari United Kingdom dan Genichi Araki dari Jepun, yang turut menjumpai komet ini;
  • penemuan teras dalam galaksi bima sakti iaitu Milky Way; dan
  • pembuktian terdapatnya bahan pepejal di sekitar bintang Vega dan Fomalhaut yang menandakan kewujudan sistem planet di sekeliling bintang lain.

Kejayaan IRAS ini telah mendorong kepada misi penghasilan teleskop-teleskop inframerah lain termasuk Space Infrared Telescope Facility (SIRTF) yang telah ditransformasikan kepada Teleskop Angkasa Spitzer (Spitzer) dan Herschel Space Observatory.

Untuk informasi lanjut mengenai satelit dan imej angkasa yang menarik dicerap oleh IRAS serta bahan bacaan lain yang berkaitan sila layari :

https://www.jpl.nasa.gov/…/infrared-astronomical…/

https://starchild.gsfc.nasa.gov/…/space_level2/iras.html

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content