Fasiliti Kawalan Misi

1. Pengenalan FASILITI Kawalan Misi

Stesen Bumi Telemetri, Penjejakan dan Kawalan yang dikenali sebagai Fasiliti Kawalan Misi (FKM), Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor mula beroperasi pada 5 Mei 2005 telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 4 Oktober 2006.

Fasiliti Kawalan Misi MYSA adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang menyediakan sistem komunikasi bagi kedua-dua laluan menaik (uplink) dan laluan menurun (downlink) di antara stesen bumi dengan objek angkasa (satelit). Fasiliti ini mempunyai dua sistem antena iaitu antena bersaiz 5.0 meter diameter yang boleh menjalankan operasi Penjejakan, Telemetri & Kawalan (TT & C) dalam julat frekuensi Jalur-S dan antena bersaiz 7.3 meter diameter iaitu Sistem Penerimaan dan Pemprosesan Imej (IRPS) yang beroperasi dalam julat frekuensi Jalur-X. Penggunaan frekuensi ini adalah selaras dengan penetapan yang ditentukan dan dikawal selia oleh International Telecommunication Union (ITU) di peringkat antarabangsa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di peringkat negara.

Kedua-dua sistem antena ini berupaya menjalankan operasi penjejakan dalam pelbagai mod iaitu Auto, Program dan Manual melalui saluran Right Hand Circular Polarization (RHCP) atau Left Hand Circular Polarization (LHCP). Sistem ini mempunyai keupayaan untuk menerima data menggunakan kedua-dua saluran secara serentak. 

 

 

Lokasi Fasilitii:

  • Longitud          : 101.50778 oE (101o 30’ 28” E)
  • Latitud             :  2.78433 oN (2o 47’ 3.59” N)
Fasiliti Kawalan Misi (Mission Control Facility)

2. Perkhidmatan FASILITI Kawalan Misi

Fasiliti Kawalan Misi kendalian MYSA menyediakan platform kawalan bagi pengoperasian sesebuah satelit orbit rendah dan sederhana pada komunikasi dua hala seperti berikut:

• Dua sistem antenna

• 5.0 meter untuk tujuan Penjejakan, Telemetri & Kawalan (TT&C) pada  julat frekuensi jalur-S

• 7.3 meter antenna untuk kedua-dua julat frekuensi jalur S dan X untuk TT&C dan Penerimaan Imej dan Sistem Pemprosesan (IRPS)

• Mod penjejakan dalam Auto, Program dan Manual

• Circular polarization dalam RHCP dan LHCP

• Berupaya menerima data dalam kedua-dua polarisasi secara serentak


JALUR-S

(TT&C)

JALUR-X

(PAYLOAD DATA RECEPTION)

Frekuensi Uplink

2025 MHz – 2110 MHz

Frekuensi Downlink

2200 MHz – 2290 MHz

8000 MHz – 8400 MHz

Gain over Temperature (G/T)

19 dB/K

31.5 dB/K

Kelajuan Kadar Data Maksimum

20Mbps (Uplink)

Bergantung kepada misi (Downlink)

640Mbps


Tiga fungsi utama FKM ialah:

1️⃣ Telemetri
Penerimaan dan pemantauan maklumat dari objek angkasa (contohnya: suhu, tahap kuasa dan attitude control) secara komunikasi downlink dari objek angkasa ke stesen bumi.

2️⃣ Penjejakan
Mekanisma penentuan kedudukan objek angkasa bagi mengekalkan komunikasi antara stesen bumi dan objek angkasa secara Line of Sight dengan berpandukan pada parameter orbit berkaitan seperti Two Line Elements (TLE) sama ada pada orbit rendah (LEO), orbit sederhana (MEO) mahupun orbit geo-pegun (GEO).

3️⃣ Kawalan
Arahan dan kawalan yang dihantar secara komunikasi uplink dari stesen bumi ke objek angkasa bagi membolehkan objek angkasa memberikan tindak balas yang sepatutnya untuk beroperasi dengan baik.

FKM dibangunkan khusus bagi perkhidmatan pengoperasian misi angkasa sama ada misi angkasa negara mahupun antarabangsa sejak tahun 2005. Melalui kerjasama strategik antarabangsa, fasiliti ini telah memberikan perkhidmatan Telemetri, Penjejakan & Kawalan (TT&C- Telemetry, Tracking and Command) kepada agensi luar seperti European Space Agency (ESA), Surrey Satellite Technology Limited (SSTL), United Kingdom, Swedish Space Corporation (SSC), Sweden, Indian Space Research Organisation (ISRO), India, Institute of Space Systems (IRS), University of Stuttgart, Jerman dan Beijing Aerospace Satelliteherd Company Limited (SATHD), China.

Untuk info lanjut, sila layari:
http://www.spaceops.org/about-space-ops/at-large-members/

 

3. Rekod Pelanggan

  • SIRIM RASA
  • SIRIM QAS/ Sapura Secured/ Sapura Thales
  • Modenas
  • Daikin
  • J&E Hall
  • TDK Lambda
  • WSA Engineering/ Proton
  • Universiti Sains Malaysia
  • Astronautic Technology Sdn. Bhd
  • European Space Agency
  • Indian Space Research Organization (ISRO)
  • MEASAT

Fasiliti Kawalan Misi (Mission Control Facility)
4. Pencapaian Misi 

Bermula tahun 2019, MYSA menganggotai The International Committee on Technical Interchange for Space Mission Operations and Ground Data Systems (SpaceOps) selaku ahli Committee-at-Large (C@L) iaitu komiti teknikal yang mengkoordinasi semua isu berkaitan pengoperasian sistem angkasa.

Perkhidmatan TT&C kepada misi angkasa :

7 November 2020
Misi pelancaran roket GSX-1 (Ceres-1) milik Galactic Energy (Beijing) Space Technology Co. Ltd. dengan kerjasama rakan strategik Beijing Aerospace Satelliteherd Co. Ltd. (SATHD)

Oktober 2018
Misi pengoperasian satelit Flying Laptop milik Institute of Space Systems (IRS), University of Stuttgart, Jerman

5 Januari 2014
Misi Pelancaran roket Geosynchronous Satellite Launch Vehicle (GSLV-D5) milik ISRO

14 Julai 2009-8 Februari 2010
Satelit Penderiaan Jauh Negara RazakSAT®

28 Disember 2005-31 Mac 2006
Misi satelit Launch Early Operation Phase (LEOP) untuk misi satelit Gallileo In-Orbit Validation Element (GIOVE-A) milik kesatuan Agensi Angkasa Eropah (ESA)

 

5. Senarai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
 
Antara aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dilaksanakan FKM adalah seperti berikut:
 
1. Design of a Low-Cost S/X Dual Band Satellite Ground station for small satellite missions, 2018-2021 dengan kerjasama UPM dan Institute of Space Systems (IRS), University of Stuttgart, Jerman yang melibatkan pembangunan dan pengoperasian stesen TT&C serta penerimaan data satelit Fying Laptop (FLP)  termasuk pemasangan sistem antena (S-band) bersaiz 3m; 
 
 
2. Virtual Geo-hazard Monitoring and Asset Management System (ViGMAS), 2018-2022 dengan kerjasama UNITEN melibatkan pemasangan sistem antena (L/X-Band) bersaiz 4m bagi penerimaan data satelit MODIS dan Suomi NPP;
 
 
3. A Deployable Antenna System for CubeSat Applications, 2018 dengan kerjasama UniMAP melibatkan pengujian prestasi antena satelit dan komunikasi sehala dengan sistem antena stesen bumi;
 
 
4. Internet of Things (IoT) from Space: Characteristic Mode Analysis (CMA) for Enhanced Radiation and Compactness of Pico-Satellite Systems, 2018 dengan kerjasama UniMAP di bawah Geran FRGS, Kementerian Pengajian Tinggi; dan
 
 
5. Derivation of a Modified Free Space Path Loss (FSPL) Formulation for Satellite Links Fade Margin Operating in Malaysia, 2017 dengan kerjasama UIA melibatkan pengujian dan analisis data signal strength satelit RazakSAT.
 
 
Untuk info lanjut, sila layari: