Cuaca Angkasa

Pembangunan Malaysia Space Environment and Space Application Center (MySES) merupakan tindakan yang selari dengan usaha untuk memantau dan meramal cuaca angkasa secara berterusan yang akan menjadikan MYSA sebagai medium rujukan dalam bidang cuaca angkasa di rantau Asia Pasifik.

2) Fasiliti Kajian Persekitaran Angkasa dan Keelektromagnetan 

  • MAGDAS merupakan satu jaringan magnetometer terbesar di dunia, di mana Malaysia merupakan salah satu negara yang tersenarai di dalam rangkaian ini. MAGDAS mampu membuat pengukuran geomagnet dalam masa sebenar/nyata.
  • Ia boleh digunakan untuk pemantauan dan penyelidikan cuaca angkasa, pemantauan gempa bumi, penyelidikan equatorial, pemetaan geomagnet dan pemantauan perbandingan elektromagnet.
 MAGDAS YU8T di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting 
MAGDAS-9 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak